Letak Gear N Ke D? Lelaki Tunjuk Apa Yang Berlaku Pada “Gearbox” CVT 

gearbox cvt

Letak Gear N Ke D? Lelaki Tunjuk Apa Yang Berlaku Pada “Gearbox” CVT 

Kereta merupakan sebuah kenderaan mesra pengguna disebabkan boleh melindungi pemandu daripada cuaca, memberikan keselesaan dan yang paling penting bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.

Bercakap mengenai kereta, setiap pemilik kereta tentunya boleh memandu bagi urusan harian.

Namun, sejauh manakah mereka sebagai pemandu mengetahui cara mengendalikan kenderaan ini dengan betul di jalan raya khususnya dalam penggunaan kotak gear (gearbox).

Pemanduan yang kurang efisien kadangkala boleh memberi kesan terhadap gearbox kereta lebih-lebih lagi ketika berhenti di lampu isyarat.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan tip daripada Am Auto berhubung penggunaan gearbox jenis CVT yang betul.

Penggunaan Gearbox Jenis CVT Sewaktu Berhenti Di Lampu Isyarat

Mungkin masih ramai di luar sana yang keliru sama ada mahu meletakkan gear ‘N’ atau gear ‘D’ ketika berhenti di lampu isyarat.

Dalam video yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan di platform itu menjelaskan kepentingan  gearbox CVT dalam keadaan ‘D’ dan ‘N’ jika ia berhenti di lampu isyarat.

Gambar: TikTok @amauto

Gear D

Katanyaa, jika kenderaan berhenti di lampu isyarat sambil menekan pedal brek, primary pulley pada gearbox akan mengembang sambil melepaskan tekanan.

Kenapa ia melepaskan tekanan?

Jelasnya, dalam gearbox CVT terdapat pressure switch yang telah dibina bagi melepaskan tekanan meskipun ia masih dalam keadaan berfungsi. Ia merupakan salah satu teknologi baharu yang diperkenalkan dalam gearbox ini.

BACA JUGA: Cara Tanam Bawang Putih Yang Mudah

Nak Letak Gear “N” Atau “D” Sewaktu Di Lampu Isyarat?

Menurutnya, perkara ini juga bergantung pada tempoh lampu isyarat sewaktu di jalan raya.

“Apa yang kami galakkan, jika lampu isyarat itu sebentar sahaja, Biarkan sahaja ia pada gear ‘D’. Tapi kalau dah lama sangat ubah ke ‘N’,” katanya.

Dari ‘N’ Terus Ke ‘D’ Jangan Terus Tekan Pedal Minyak 

Pesannya, jika gear diletakkan pada ‘N’ dan diubah kepada ‘D’, pemandu dinasihatkan jangan menekan pedal minyak sehingga rapat secara mendadak kerana bimbang ia boleh memberi kesan pada gearbox itu.

Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah.

@amautomultiservice

Masa trafik light nak letak D ke N? Gearbox CVT. #LearnOnTiktok #pakargearbox #bengkelmelaka #workshop #jvautolube #transmission #cvt

♬ Never Surrender – Lux-Inspira

Sumber: TikTok @amauto

The post Letak Gear N Ke D? Lelaki Tunjuk Apa Yang Berlaku Pada “Gearbox” CVT  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*