Letusan Gunung Berapi Iceland, Semenanjung ReykJanes

Letusan Gunung Berapi Iceland, Semenanjung ReykJanes

Sebuah gunung berapi telah meletus di Semenanjung Reykjanes di Iceland selepas seminggu kawasan itu mengalami gempa bumi yang kuat.

Kira-kira 4,000 orang telah dipindahkan dari pekan nelayan Grindavik. Selain itu, sebuah spa geoterma, Blue Lagoon turut ditutup.

Letusan itu bermula dari bahagian utara pekan itu pada pukul 10.17 malam waktu tempatan, kata Jabatan Meteorologi Iceland (Met Office).

Wilayah di sekitar ibu kota Reykjanes telah mengalami gempa bumi yang semakin kerap berlaku sejak penghujung bulan Oktober.

Selain itu, terdapat banyak video dan gambar yang dikongsi di media sosial menunjukan lava yang meletus dari gunung berapi satu jam selepas gempa bumi berlaku.

Sebuah helikopter pengawal pantai telah dihantar ke kawasan itu untuk mengenal pasti dengan lebih tepat kawasan dan saiz letusan itu.

Menurut Met Office, letusan itu berlaku kira-kira 4 kilometer (2.5 batu) timur laut Grindavik  dan kejadian seismik itu telah menuju ke arah pekan tersebut.

Retakan pada gunung berapi itu berukuran 3.5 kilometer dan lava mengalir pada kelajuan 100 hingga 200 meter padu per saat.

Kata Met Office juga, ia merupakan letusan yang lebih berganda berbanding letusan-letusan yang berlaku di semenanjung Reykjanes dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Letusan Yang Lebih Besar

Seorang pegawai kanan polis, Vidir Reynisson di Pertahanan Awam telah memberitahu penyiar RUV bahawa letusan itu berlaku dengan pantas dan ia merupakan satu kejadian yang agak besar.

Katanya lagi, lava telah mengalir ke semua arah dari retakan pada gunung berapi itu.

“Pancutan lava itu agak tinggi, ini bermaksud letusan yang berlaku pada awalnya itu amat kuat,” kata Vidir Reynisson.

Letusan yang berlaku itu boleh dilihat dari Reykjavik yang terletak 42 kilometer dari timur laut Grindavik.

Salah seorang saksi di bandar itu telah memberitahu BBC mengenai langit yang menyala kemerahan dari arah Grindavik.

Menurutnya, kepulan asap boleh dilihat dan polis telah memberitahu orang ramai supaya menjauhkan diri dari kawasan itu.

Seterusnya, Perdana Menteri Iceland, Katrin Jakobsdottir berkata pertahanan yang dibina baru-baru ini dapat memberikan kesan yang positif.

Dia juga berkata dia sentiasa mengingati masyarakat tempatan dan berharap agar semuanya baik-baik saja walaupun berlakukan kejadian ini.

Presiden Gudni Johannesson pula berkata, melindungi nyawa orang ramai adalah perkata utama tetapi, segala usaha juga perlu dilakukan untuk melindungi struktur-struktur.

Pada April 2010, letusan gunung berapi Eyjafjallajokull telah menyebabkan penutupan ruang udara terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua yang berpunca daripada kepulan asap yang sangat banyak.

Jangkaan kerugian adalah antara 1.5 juta dan 2.5 juta euro (RM7,672,861,566 dan RM12,788,102,610).

Sumber: BBC

BACA JUGA: Gemar Kasut Sukan, Wanita Jadi Pelukis Sneakers Realistik

The post Letusan Gunung Berapi Iceland, Semenanjung ReykJanes appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*