Pekerja Zoo Maut Diserang Badak Air Ketika Cuba Bersihkan Kandang

pekerja zoo maut badak air

Pekerja Zoo Maut Diserang Badak Air Ketika Cuba Bersihkan Kandang

Seorang pekerja zoo di India maut selepas diserang seekor badak air ketika memasuki kandang haiwan berkenaan untuk membersihkannya pada Isnin semalam.

Tragedi tersebut berlaku di Wajid Ali Shah Zoological Garden, yang kini dikenali sebagai Lucknow Zoo yang terletak di Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan Indian Express, mangsa yang dikenali sebagai Suraj telah memasuki kandang berkenaan bersama seorang lagi rakan sekerjanya untuk menjalani pembersihan kandang secara berjadual.

Badar air berkenaan sepatutnya berada di dalam sangkar yang terkunci sewaktu penyelenggaraan berlangsung.

Walau bagaimanapun, haiwan mamalia bersaiz besar itu dapat keluar daripada sangkar berkenaan dan menyerang Suraj sekali gus, menyebabkan lelaki berusia 40-an itu terbunuh di tempat kejadian.

Difahamkan, Suraj telah bekerja di zoo berkenaan selama 12 tahun dan telah dilatih untuk membersihkan fasiliti serta member makanan kepada haiwan-haiwan di sana.

Mangsa yang terkorban itu memiliki ahli keluarga iaitu seorang isteri serta dua orang anak iaitu seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Manakala, seorang lagi pekerja zoo yang dikenali sebagai Raju pula dilaporkan tercedera dalam serangan tersebut. Selepas itu, beliau telah dibawa dan ditahan di sebuah hospital serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pengarah Lucknow Zoo, Aditi Sharma berkata bahawa bahawa badak air berkenaan telah dikurung secara serta merta dan tiada kecederaan dilaporkan.

Insiden berkenaan berlaku ketika zoo tersebut ditutup dan tiada pengunjung yang dilaporkan berada berdekatan dengan lokasi kejadian.

Badak air dipercayai lolos daripada sangkar sewaktu kerja pembersihan dijalankan

Badak air agresif terbabit difahamkan ke Lucknow Zoo daripada sebuah zoo di Kanpur dalam masa beberapa minggu sebelum ini.

Berhubung kejadian yang menimpa stafnya, pihak zoo terbabit membuat spekulasi bahawa sangkar badak air tersebut tidak ditutup dengan sempurna semasa pembersihan berlaku.

Sungguhpun begitu, Sharma berjanji bahawa pihak zoo akan menjalani siasatan menyeluruh berkenaan tragedi yang menyayat hati itu.

Lapor Hindustan Times, beliau berkata “Jika terdapat sebarang kesilapan, kami akan memaklumkan kepada orang awam,”

Untuk makluman,  Lucknow Zoo telah diasaskan pada 1921 dan menempatkan kira-kira 1,000 haiwan daripada 104 spesies, termasuk singa dan harimau.

BACA: Pelik, Kenapa Corak Kerusi Dalam Bas Aneh-aneh? Ini Jawapannya

Sumber: NY Times

 

 

The post Pekerja Zoo Maut Diserang Badak Air Ketika Cuba Bersihkan Kandang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*