Masa Makin Suntuk, Oksigen Kapal Selam Titan Hanya Bertahan Beberapa Jam Lagi

Oksigen kapal selam titan

Masa Makin Suntuk, Oksigen Kapal Selam Titan Hanya Bertahan Beberapa Jam Lagi

Bekalan oksigen kapal selam, Titan, yang membawa pelancong untuk meneroka bangkai Titanic, dilapor hanya mampu bertahan tiga jam lagi.

Memetik laporan Times Of India, kapal selam itu direka dengan bekala oksigen selama 96 jam jika berlaku situasi kecemasan.

Titans dilapor hilang pada Ahad lepas, dua jam selepas memulakan penyelaman pada pukul 8 pagi (waktu Amerika Syarikat). Ini bermakna bekalan oksigen kapal selam berkenaan dijangka habis bila-bila pada pagi Khamis (waktu Amerika Syarikat).

Pada pagi Rabu, Titan dilapor mempunyai bekalan oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 jam lagi (waktu Amerika Syarikat).

Sebelum ini, Titan yang membawa lima penumpang termasuk jutawan British, Hamish Harding terputus hubungan dengan pengendali pada Ahad lalu.

Kejadian ini berlaku semasa kapal selam berkenaan berada kira-kira 435 batu (700 km) di selatan St John’s, Newfoundland.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada Selasa menganggarkan bahawa kapal milik OceanGate Expeditions berukuran 6.7 meter itu hanya mempunyai bekalan oksigen selama 40 jam.

Difahamkan bahawa Raja Charles III turut mengikuti perkembangan mengenai usaha pencarian kapal selam itu.

Hal ini kerana, Shahzada Dawood merupakan seorang penyokong tegar The Prince’s Trust International dan The British Asian Trust.

Kedua-dua badan amal berkenaan merupakan badan yang ditubuhkan baginda.

Semasa usaha mencari kapal selam semakin dipergiat pada Selasa, isu keselamatan dan kawalan kapal selam Titan turut dipersoalakan.

Hal ini disebabkan terdapat dakwaan dari seorang bekas kakitangan OceanGateyang megatakan kebimbangan mengenai “isu keselamatan dan kawalan kualiti kapal selam berkenaan.

Berita lanjut akan menyusul

BACA: Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Sumber: The Sun Daily

The post Masa Makin Suntuk, Oksigen Kapal Selam Titan Hanya Bertahan Beberapa Jam Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*