Lima Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Sibu

lima maut kemalangan sibu

Lima Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Sibu

SIBU, 5 Jun (Bernama) — Lima orang termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun dan seorang warga emas, maut dalam satu kemalangan jalan raya di KM64, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 10.09 pagi itu dikenal pasti sebagai Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, Alicesha Bathrish Langi, 24, dan bayi berkenaan, Allesandro Collin Steward.

BACA JUGA: Tiga Maut, Tiga Cedera Dirempuh Kereta Di Bawah Jejambat NKVE

“Identiti seorang lagi mangsa yang maut, masih belum diperolehi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau Shukri Ab Rahim, ketika dihubungi hari ini.

Shukri berkata lima orang lagi mangsa terselamat dalam kemalangan itu, yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Kia Sportage.

“Dua daripada mereka yang terselamat, kedua-duanya lelaki mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Klinik Kesihatan Selangau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Lima Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Sibu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*