Satu Pinggan Tak Cukup, Ini Resepi Kari Ayam Bangladesh Viral

resepi kari ayam bangladesh

Satu Pinggan Tak Cukup, Ini Resepi Kari Ayam Bangladesh Viral

Kari ayam merupakan antara hidangan yang paling digemari ramai susulan kuahnya yang pekat memberikan kepelbagaian rasa buat mereka yang mencubanya.

Aromanya sahaja sudah cukup membuatkan seseorang itu terliur kerana baunya yang sangat ‘menusuk’ dan penuh rasa herba sehingga mampu ‘melelehkan’ air liur orang ramai.

Ia menjadi pilihan buat segenap lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kaum India dan juga Melayu. Kaum India dipercayai sangat pakar dalam menghasilkan sajian tersebut.

Disebabkan itu, ramai yang meminta resepi kari ayam daripada kaum India sekiranya duduk berjiran kerana tidak ‘tahan’ dengan aroma sedap yang dihasilkan oleh hidangan itu.

Pada kali ini, saudari Rozzieta Abd Rahim berkongsi kepada orang ramai berkenaan resepi kari ayam versi Bangladesh yang selalu dimasak sesetengah orang.

Difahamkan ada satu persamaan kari ayam Bangladesh dan juga India, di mana mereka tidak menggunakan santan dalam sajian tersebut.

Untuk lebih lanjut, ikuti cara-cara memasak kari ayam Bangladesh di bawah ini. Semoga bermanfaat!

BACA: “Confirm” Tak Cukup Sepinggan, Rupanya Ini Helah Mak Masak Ketam Kari Cili Sampai Ketagih

Resepi Kari Ayam Bangladesh

Kredit: FB Rozzieta Abd Rahim

Jenis bahan-bahan yang diperlukan ialah bawang putih, bawang besar, halia, cili api dan juga jintan manis atau putih. Bahan-bahan ini akan dikisarkan secara kasar sebelum dimasukkan ke dalam kuali.

Kemudian, anda perlu menyediakan ayam, kentang, rempah kari daging, kunyit serbuk, kulit kayu manis dan buah pelaga.

Untuk lebih lanjut, ikuti resepi yang disediakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

3/4 ulas bawang putih

2 biji bawang besar

1 inci halia

10 ulas cili api (ikut kepedasan masing-masing)

Jintan manis atau putih

(Semua bahan diatas boleh di kisar kasar)

Bahan-bahan lain:

Seekor ayam

2 biji bawang besar hiris

2/3 biji kentang

4 sudu rempah kari daging

1 sudu kunyit serbuk

Kulit kayu manis

Buah pelaga

Cara membuat:

Masukkan semua sekali dalam kuali atau periuk. Gaul rata, masukkan sedikit minyak dan air.

Kemudian, masak sehingga kentang menjadi empuk dan pecah minyak. Perasakan dengan garam, gula dan asam keping.

Akhir sekali masukkan kacang bendi. Masak sehingga bendi lembut. Siap.

Sumber: Rozzieta Abd Rahim via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The post Satu Pinggan Tak Cukup, Ini Resepi Kari Ayam Bangladesh Viral appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*