Dikhuatiri Berbahaya, Jabatan Perikanan Pahang Nasihat Jangan Sentuh Ubur-Ubur “Biru”

ubur-ubur biru

Dikhuatiri Berbahaya, Jabatan Perikanan Pahang Nasihat Jangan Sentuh Ubur-Ubur “Biru”

KUANTAN — Jabatan Perikanan Pahang menasihati orang ramai yang melakukan aktiviti beriadah di sepanjang pantai agar berwaspada dan tidak menyentuh ubur-ubur.

Hal ini kerana, ia berkemungkinan spesies ubur-ubur yang berbahaya.

Menurut Pengarahnya, Abdullah Jaafar, susulan beberapa gambar tular di Facebook, pihaknya sedang mengenal pasti dan mengesahkan spesies haiwan berkenaan.

“Kita tidak boleh mengesahkan (spesies ubur-ubur) tanpa sampel sebenar bagi mengenal pasti spesies berbahaya.

“Jadi, kita nasihatkan pengunjung-pengunjung pantai supaya tidak menyentuh ubur-ubur dan menjauhi kawasan ubur-ubur serta elakkan bermain air atau mandi-manda di kawasan berdekatan ubur-ubur tersebut,” ujarnya sewaktu dihubungi hari ini.

Tular Gambar Ubur-Ubur Biru

Menerusi perkongsian netizen di Facebook page Kuantan dan Warga Kuantan 2 mendedahkan gambar-gambar haiwan laut itu.

Difahamkan, ia dipercayai mempunyai warna biru pada badan.

BACA JUGA: Ubur-Ubur Beracun Ditemui Di Marang, PBT Disaran Letak Papan Tanda Amaran

Antara kawasan pantai yang disyaki mempunyai ubur-ubur itu termasuklah Pantai Kempadang Pantai Sepat, Pantai Cherating, Pantai Cempaka dan Pantai Lagenda, maklum mereka.

Hasil tinjauan yang dilakukan di Pantai Sepat dan Pantai Kempadang bagaimanapun tidak menemui sebarang spesies haiwan tular berkenaan.

Ketika ditanya soal penemuan ubur-ubur tersebut, Abdullah memberitahu haiwan itu berkemungkinan dari spesies Physalia physalis (Portugese Man o’ War) dari kelas ‘Hydrozoa’.

Tegas Abdullah, spesies haiwan itu juga masih belum diketahui. Sampel sebenar perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengesahkan spesies itu.

“Kita kena elak kawasan itu. (Risiko) jika terdapat ubur-ubur yang berbahaya seperti ‘Hydrozoan jellyfish’ atau Portugese Man o’ War dan ‘Cubozoan jellyfish’ atau ‘Box jellyfish’.

“Spesies ini sengatannya sangat beracun yang boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk atau sehingga kematian,” katanya lagi,

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sekiranya terkena sengatan haiwan berkenaan.

Ubur-Ubur Beracun Terdampar Di Pantai Bukit Keluang

Terdahulu, Sinar Harian turut melaporkan penemuan ubur-ubur jenis Portuguese Man of War terdampar di sepanjang Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Penemuan itu dimaklumkan oleh Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan.

Difahamkan, haiwan beracun itu juga dikenali sebagai ubur-ubur api beracun atau nama saintifiknya Physalia physalis.

Sumber: Sinar Harian

The post Dikhuatiri Berbahaya, Jabatan Perikanan Pahang Nasihat Jangan Sentuh Ubur-Ubur “Biru” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*