Lima Terbunuh Dalam Dua Serangan Di Iran

lima terbunuh serangan iran

Lima Terbunuh Dalam Dua Serangan Di Iran

TEHRAN — Sekurang-kurangnya lima anggota Pengawal Revolusi Islam dilaporkan terbunuh dalam dua serangan berasingan di wilayah Sistan-Baluchistan, Iran, lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Majid Mirahmadi, kepada televisyen tempatan.

“Lima anggota Pengawal Revolusi Islam telah syahid dalam serangan itu yang berlaku pada waktu malam di stesen tentera di bandar Rask dan pos polis di Chabahar,” kata Majid.

Tambahnya, 10 lagi anggota cedera dalam kejadian yang bermula pada petang Rabu itu.

Menurut laporan AFP, kumpulan Jaish al-Adl didakwa bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.

15 orang ahli kumpulan itu juga dilaporkan turut terbunuh dalam kejadian terbabit.

Sementara itu, Majid juga memaklumkan, misi kumpulan tersebut untuk menawan ibu pejabat Pengawal Chabahar dan Rask gagal kerana mereka telah dikepung.

Insiden itu mengakibatkan pihak polis terpaksa berbalas tembakan dengan kumpulan itu di sekitar ibu pejabat berkenaan.

BACA: Bukan Di Bazar, Wanita Beli Biskut Raya Air Tangan Banduan Di Penjara

Untuk makluman, wilayah Sistan-Baluchistan terletak bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan. Wilayah ini telah mengalami pergolakan bertahun-tahun melibatkan sindiket penyeludupan dadah serta pemberontakan beberapa kumpulan.

Pada Disember lalu, seramai 11 pegawai polis di ibu pejabat polis Rask terbunuh dalam salah satu serangan paling mengerikan dalam beberapa tahun.

BACA JUGA: Hospital Al-Shifa, Gaza Musnah, Bertukar Jadi Kuburan Pesakit

Sumber: AFP

The post Lima Terbunuh Dalam Dua Serangan Di Iran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*