Resipi Ayam Varuval, Goreng Garing Baru Sedap!

Resipi Ayam Varuval, Goreng Garing Baru Sedap!

Antara menu yang paling senang nak masak adalah ayam goreng. Ayam goreng kalau goreng bersama kicap jadi ayam masak kicap. Kalau goreng dengan cili kisar pula jadi ayam goreng sambal.

Senang cerita, dengan hanya menggoreng ayam dan menambah beberapa bahan yang lain, dah jadi hidangan yang berbeza.

Sekiranya anda sudah tidak tahu nak masak apa, boleh saja anda gorengkan ayam dan tambahkan bahan lain yang anda mahukan. Jika tidak, anda boleh saja makan ayam goreng itu begitu saja.

Bila fikirkan balik, banyak juga resipi untuk ayam goreng, kan? Termasuklah resipi yang nak dikongsikan ini, iaitu resipi ayam varuval.

Anda mungkin rasa resipi ini agak susah, tetapi ia sebenarnya agak senang untuk dimasak. Mari pelajar resipi yang dikongsikan oleh Kesha Thiyagub ini!

Bahan-Bahan

Seperti biasa, sebelum mula memasak, anda perlu sediakan bahan-bahan dulu. Bahan utama resipi ini adalah seekor ayam. Pastikan ayam itu dipotong kecik ikut kehendak anda.

Bahan-bahan yang lain adalah dua biji bawang besar, sebiji tomato, dua biji cili padi (kalau anda suka pedas boleh tambah bilangan cili padi), cili kering, daun kari, kunyit dan garam.

Selain itu, anda juga memerlukan ginger garlic paste, serbuk cili, serbuk kari ayam, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, cengkih dan juga jintan manis.

Bahan tambahan adalah lada hitam yang ditumbuk halus dan juga daun ketumbar. Dua bahan ini adalah bahan optional nak letak boleh, tak nak letak pun boleh.

Cara-Cara Memasak

Mula-mula, anda gaulkan ayam bersama garam dan kunyit, dan gorengkan sehingga ayam masak sepenuhnya. Pastikan ayam anda itu tidak digoreng separuh masak.

Selepas ayam digoreng, anda boleh letakkan di tepi dulu dan teruskan dengan membuat sambal untuk ayam itu pula.

Untuk sambal ini, anda gunakan baki minyak yang digunakan untuk goreng ayam itu untuk tumiskan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, cengkih dan jintan manis. Tumiskan seketika dan selepas itu masukkan cili kering. Masukkan juga bawang besar yang sudah dipotong dadu.

Tumiskan bahan-bahan itu sehingga warna bawang besar bertukar perang. Selepas itu, masukkan dua sudu setengah ginger garlic paste dan tumis sehingga ia garing.

Seterusnya, masukkan daun kari dan cili padi yang dihiris panjang serta tomato yang juga dipotong dadu. Kemudian, perlahankan api supaya anda boleh masukkan tiga sudu besar serbuk kari ayam dan satu sudu besar serbuk cili. Api diperlahankan supaya masakan tidak hangit.

Selepas itu, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaulkan bahan-bahan sehingga semuanya sekata dan barulah anda masukkan ayam untuk digaulkan bersama bahan-bahan itu.

Sekiranya anda mahu masukkan bahan tambahan iaitu lada hitam dan daun ketumbar, anda boleh masukkannya sebagai bahan terakhir.

Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan ayam varuval anda itu. Senang kan? Selamat mencuba!

@kesha_thiyagub

Replying to @ammarhakim22 Ayam Varuval Guys 😋 #ayamvaruval #jomkacaukuali #foodie #thiyagub

♬ original sound – kesha – kesha

Sumber: Kesha Thiyagub

BACA JUGA: Pemuda Terjatuh Depan Kamera Ketika Wartawan Buat Liputan

The post Resipi Ayam Varuval, Goreng Garing Baru Sedap! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*