Pati Baja Kulit Telur, Resipi Untuk Membantu Kelekatan Bunga

pati baja kulit telur

Pati Baja Kulit Telur, Resipi Untuk Membantu Kelekatan Bunga

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya kita menggoreng telur, kulit telur itu pasti akan dibuang. Kita berpendapat yang kulit telur itu tiada kegunaannya yang lain.

Namun, tahukah anda bahwa kulit telur ini boleh digunakan sebagai baja? Kalau nak tahu, Encik Azuan Abdullah telah berkongsi resipi pati baja kulit telur di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, pati ini mempunyai kalsium dan juga boron yang amat penting dalam membantu kelekatan bunga. Marilah kita belajar cara-cara membuatnya.

Sumber: Azuan Abdullah

“Keadaan terkini selepas tiga jam kulit telur dicampurkan bersama dengan cuka asli. Ada pembentukan buih dan sebahagian kulit telur terapung di bahagian atas. Proses pemeraman ini akan diteruskan sehingga genap 30 hari.

“Sahabat, pati baja kulit telur ini sangat kaya dengan unsur kalsium dan ada juga unsur boron. Kira kalsium boron organik la senang cerita. Kalsim dan boron ini sangat penting dalam membantu kelekatan bunga. Terutamanya tanaman cili,” memetik perkongsiannya.

Bahan-bahan membuat pati baja kulit telur & cara pembuatannya

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah. Antaranya adalah, kulit telur sebanyak 100 gram, satu liter cuka asli, dan bekas yang bersesuaian.

Cara-Cara Membuatnya

Cara-cara membuat pati ini juga tidak terlalu susah. Pertama sekali, anda haruslah basuh atau rendam kulit telur. Tujuannya adalah untuk membersihkan lendir putih telur.

Kedua, jemur dibawah matahari yang terik hingga kering, ataupun goreng tanpa minyak. Kemudian, hancurkan kulit telur itu. Selepas kulit telur sudah hancur, anda boleh masukkannya ke dalam bekas.

Seterusnya, masukkan cuka ke dalam bekas itu. Tutup bekas, tetapi tidak rapat. Simpan bekas ditempat yang redup selama 30 hari. Selepas 30 hari, tapiskan.

Letakkan ke dalam botol dan simpan di tempat yang redup. Sekiranya anda mahu menggunakannya, ambil dua hingga lima mililiter (ml) untuk satu liter air.

Mudahkan cara membuat pati ini? Meskipun caranya mudah, kesannya amatlah menakjubkan. Selamat mencuba!

Sumber: Azuan Abdullah

BACA JUGA: Dianggap Hidangan ‘Rare’, Ini Resipi Sekaya Labu Terengganu

The post Pati Baja Kulit Telur, Resipi Untuk Membantu Kelekatan Bunga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*