Lipas “Join Posing” Curi “Spotlight” Karpet Merah Met Gala

lipas met gala

Lipas “Join Posing” Curi “Spotlight” Karpet Merah Met Gala

Tetamu tak diundang yang menghadiri acara karpet merah di Met Gala 2023, berjaya mencuri lensa kamera pada malam tersebut.

Tetamu tersebut adalah merupakan seekor lipas yang dilihat berjalan di sepanjang tangga Muzium Seni Metropolitan pada malam Isnin, 1 Mei yang lalu.

Serangga itu kemudiannya dirakam oleh jurugambar Kevin Mazur di atas karpet, sebelum bergambar bersamanya untuk muat naik ke akaun majalah Variety di Twitter.

Hantaran itu telah menjadi bualan hangat di media sosial, dengan ramai yang berpendapat bahawa lipas itu merupakan ‘highlight’ utama pada malam itu.

Kredit Variety via Twitter

Bukannya sekumpulan selebriti yang mengenakan pakaian megah mereka untuk menghormati tema Met Gala pada malam tersebut.

Kredit Variety via Twitter

Tema dipilih bagi memberi penghormatan pereka fesyen Jerman

Pada tahun ini, tema telah dipilih berdasarkan rancangan musim bunga Institut Kostum “Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty”, Tema yang memberi penghormatan kepada karya mendiang pereka fesyen Jerman.

Walaupun lipas sering muncul di jalan-jalan di New York City, namun kehadirannya di karpet merah itu telah mengundang ramai penyokong.

Seorang netizen juga sempat membuat ciapan berkenaan serangga tersebut.

“Dia berada di sana untuk memastikan anda tidak lupa bahawa ini adalah New York,” tulis ciapan tersebut.

“Adakah lipas itu membayar USD50K?” tulis seorang lagi netizen memberikan reaksi kehadiran lipas tersebut.

Terdahulu, seekor lipas telah berjaya dikeluarkan daripada faraj seorang wanita yang mengadu ke doktor kerana berasa “tidak selesa” pada kemaluannya, lapor Daily Mail.

Pesakit yang tidak dinamakan itu dilaporkan telah datang ke klinik di Honduras untuk mendapatkan rawatan selepas berasa “gelisah dan berpeluh” di bahagian sulitnya.

Pesakit itu juga dikatakan tidak dapat tidur malam sebelumnya kerana berasa tidak selesa sepanjang serangga perosak itu berada di dalam farajnya.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati terdapat serangga yang sudah mati berada di bahagian sulit wanita tersebut.

Serangga itu kemudiannya segera dikeluarkan dan mangsa terus dibenarkan pulang selepas pemeriksaan dijalankan ke atasnya.

Pakar perubatan yang merawat wanita itu di Tegucigalpa berkata bahawa sebelum ini mereka pernah menerima pesakit serupa dengan kes itu. Kes pesakit yang mempunyai masalah dengan kondom dan alat mainan seks di bahagian sulit.

Doktor yang merawat itu sangat cemas sebaik melihat kelibat serangga tersebut yang merupakan kejadian pertama kali berlaku di hospital berkenaan.

BACA: Wanita Terpaksa Dibedah, Peluru Sesat Tembusi Kemaluan Ketika Sedang Berehat Di Rumah

Sumber: Independent

The post Lipas “Join Posing” Curi “Spotlight” Karpet Merah Met Gala appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*