Lori Berundur Langgar Honda: Handbrake Tak Ditarik Kemas – Polis

lori berundur langgar honda

Lori Berundur Langgar Honda: Handbrake Tak Ditarik Kemas – Polis

Polis menyifatkan kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta Honda City dalam kejadian di stesen minyak di Manjalara, Kepong pada Rabu adalah disebabkan brek tangan tidak ditarik dengan kemas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata seorang lelaki yang memandu lori muatan besi telah parkir kenderaan itu di salah satu pam minyak untuk pengisian bahan api, dalam kejadian jam 10.30 pagi hari ini.

“Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter bagi membuat pembayaran

“Dalam masa yang sama, tiba-tiba lori tersebut telah bergerak secara mengundur lalu melanggar sebuah kereta Honda City dipandu wanita berusia 60 tahun yang sedang berhenti di simpang jalan untuk masuk ke jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Sarifudin berkata kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan.

BACA: Dr Zulkilfi Pasang Starlink Di Pejabat, Anggap Pilihan Terbaik

“Kes diklasifikasi di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (tidak tarik brek tangan dengan kemas).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, selepas rakaman video yang memaparkan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikasari seorang lelaki menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lepas, JPJ Kedah hari ini memaklumkan bahawa lelaki itu telah didakwa, disabit kesalahan dan dijatuhi hukuman pada 27 Nov lepas.

Pengarah JPJ Kedah Aman Shah Hashim berkata Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 selepas lelaki itu disabit dengan kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber: JSPT KL/Facebook

The post Lori Berundur Langgar Honda: Handbrake Tak Ditarik Kemas – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*