Api Marak, Tular Detik Cemas Kereta Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Kereta Terbakar Lebuhraya Utara-Selatan

Dua Selamat, Kereta Terbakar Di Lebuhraya Utara-Selatan

Sebuah kereta jenis Mercedes-Benz CFA 200 dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gurun, lapor Sinar Harian.

Dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita yang menaiki kenderaan itu sempat menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku petang tadi.

Ketika kejadian, mereka yang dalam perjalanan menuju ke selatan menyedari terdapat asap yang keluar dari kereta tersebut.

Mereka seterusnya bertindak berhenti di bahu jalan sebelum keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 3.18 petang.

Sebaik sahaja menerima laporan, anggota bomba bersama jentera dari balai bomba berkenaan segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kata Mohd Fauzi, maklumat awal mendapati kebakaran itu mengakibatkan 90 peratus kereta itu terbakar.

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 3.50 petang.

“Tindakan pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dan pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 4.08 petang,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

BACA: Giat Berlatih, Muslim Ahmad Bakal Berentap Dalam Muay Thai

Treler Muatan Kereta Terbakar Di Kilometer (KM) 38.1 

Pada 18 Disember tahun lepas, sebuah lori treler membawa muatan tujuh kereta dilaporkan terlibat dalam satu kebakaran di Kilometer (KM) 38.1 di Lebuhraya PLUS arah utara awal pagi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.52 pagi.

Berikutan itu, tiga buah jentera fire rescue tender (FRT), dua Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, BBP Skudai dan BBP Tebrau dengan kekuatan penuh seramai 25 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Che Deris.

Kata Fauzi, sewaktu tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati lori treler bermuatan tujuh buah kereta telahpun terbakar.

“Kereta yang terbakar jenis Honda sebanyak lima buah, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga.

“Kebakaran memusnahkan lebih kurang 70 peratus dari semua kenderaan. Pemadaman menggunakan empat aliran salur bantu mula sehingga selesai,” maklumnya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi itu ditamatkan sepenuhnya kira-kira pada jam 6.55 pagi.

Sumber: Sinar Harian 

The post Api Marak, Tular Detik Cemas Kereta Terbakar Di Lebuhraya PLUS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*