Macam Cermin, Wanita Kongsi Tips Mudah Rebus Kerang Bagi Cantik

Tips rebus kerang

Macam Cermin, Wanita Kongsi Tips Mudah Rebus Kerang Bagi Cantik

Malaysia kaya dengan kepelbagaian menu makanan daripada di daratan sehinggalah makanan laut.

Bagi makanan laut atau ‘seafood’ ramai yang berpendapat bahawa makanan ini harus dimakan sewaktu ia masih segar kerana makanan laut yang segar akan berasa lebih sedap dan mempunyai rasa yang manis.

Antara makanan laut yang popular di Malaysia ialah udang, sotong, ketam, kerang dan pelbagai jenis ikan laut.

Bercakap soal kerang atau segala makanan yang bercengkerang di dalam laut, ia memerlukan teknik yang betul untuk memasaknya.

Justeru pada hari ini, SK akang berkongsikan berkenaan tips merebus kerang bagi mendapatkan hasil yang cantik dan elok macam cermin.

Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Yatie Kitchen.

Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan didihkan air mengikut kuantiti kerang yang mahu digunakan.

Apabila air sudah mendidih, masukkan garam satu sudu kecil. Selepas garam sudah sebati, anda boleh masukkan kerang tadi.

Kredit Facebook

Rebus kerang hanya untuk seketika, lebih kurang dua hingga tiga minit sahaja. Kemudian angkat kerang tadi dan tapis seketika biar air mengering.

Selepas selesai menapis, anda boleh masukkan kerang tadi ke dalam air yang berisi dengan air dan ais.

Kredit Facebook

Proses ini dibuat bagi menghentikan proses memasak isi kerang tadi akibat cengkerang yang masih panas.

Sekarang kerang anda sudah boleh dihidangkan mengikut gaya dan cita rasa anda.

Kredit Facebook

BACA: Malaysia Di Tempat Ke-3 Dalam “List” Negara Berkemungkinan Besar Meninggal Di Jalan Raya

Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin. Rebus ayaq bagi mendidih. Masuk garam 1 sudu kecik. Dah mendidih masuk kerang, rebus dalam 2-3 minit cukup.

“Toskan lepastu hangpa teruih rendam dalam ayaq boh ais. Lepastu kopek la kulit tu sebelah ka, kopek semua ka ikut suka hangpa, kita dah share lama dah tips ni tahun dulu-dulu… ni refresh balik kot la hangpa lupa,” tulis muat naik perkongsian tersebut berserta video.

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada anda yang gemar memakan kerang ini. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook/Yatie Kitchen

The post Macam Cermin, Wanita Kongsi Tips Mudah Rebus Kerang Bagi Cantik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*