Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Bekas ADUN Permatang Pasir Dari Tuduhan Serangan Seksual

bekas ADUN Permatang Pasir

Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Bekas ADUN Permatang Pasir Dari Tuduhan Serangan Seksual

Mahkamah Majistret Shah Alam membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil daripada tuduhan melakukan serangan seksual bagi mencabul kehormatan seorang jurujual wanita pada dua tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Peguam, Abdul Aziz Hamzah yang mewakili pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, Majistret Mohamad Suffian Jaafar telah memutuskan perkara itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi yang difailkan pada 17 Ogos lalu.

“Betul, pihak pendakwaan (AGC) telah menerima representasi kami. Alhamdulillah, dokumen berkenaan berdasarkan asas dan fakta,” kata peguam itu ketika dihubungi media.

Muhammaf Faiz pada 9 Jun 2021 lalu telah mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Dituduh gunakan kekerasan untuk mencabul

Beliau telah dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun.

Kesalahan itu didakwa telah dilakukan oleh beliau di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

Kejadian dilaporkan berlaku antara jam 9.45 dan 11.30 malam pada 8 Mac 2021 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di mana tertuduh yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Tertuduh juga boleh dikenakan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan yang termaktub dalam seksyen tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis sedang menyiasat laporan kes berkenaan seorang ADUN dari sebuah negeri di utara semenanjung atas tuduhan mencabul.

Mangsa dilaporkan merupakan pembantu kedai yang juga merupakan ahli parti yang diwakili olehnya.

Sepanjang tiga minggu ini juga, seramai tiga pemimpin politik telah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah atas pelbagai tuduhan jenayah.

Keputusan itu dibuat berdasarkan alasan yang telah dikemukakan oleh peguam yang mewakili tertuduh masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

The post Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Bekas ADUN Permatang Pasir Dari Tuduhan Serangan Seksual appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*