Wanita Beli Udara Bandung & Jakarta, Siap Buat ‘Review’

Wanita Beli Udara Bandung & Jakarta, Siap Buat ‘Review’

Zaman sekarang ini, ada saja makanan yang dijual. Setiap barangan atau makanan yang dijual pula akan mempunyai nama-nama tersendiri untuk menarik perhatian orang ramai.

Cumanya, yang mengundang kemarahan pelanggan apabila makanan yang dibeli mereka lebih udara daripada isi. Contohnya, kuih karipap angin yang apabila anda makan, intinya amatlah sikit dan hanya ada ‘udara’ atau ‘angin’ yang banyak.

Selain itu, ada juga sesetengah orang yang tidak menggemari jajan yang dijual di kedai kerana mengatakan kuantitinya sudah semakin sikit, hanya ‘angin’ yang banyak.

Tak cukup dengan makanan berintikan angin atau udara, tular pula video mengenai seorang wanita Indonesia yang telah membeli udara.

Tak sangka, udara pun boleh dijual ya? Udara premium ke ni?

Video yang tular itu telah dimuat naik oleh wanita itu sendiri di platform TikTok miliknya iaitu Zueenaaaaa. Dalam video itu, ia memaparkan wanita tersebut yang sedang membuat review mengenai udara yang telah dibeli olehnya.

Review Udara Dari Bandung Dan Jakarta

Review udara Bandung versus udara Jakarta,” mulanya dalam video itu.

“Satu udara 12,000 rupiah (RM3.62), dua adalah 24,000 rupiah (RM7.24). Penghantaran pula 4,000 rupiah (RM1.21),” jelasnya sambil membuka sebuah kotak yang di dalamnya terdapat udara-udara yang dibelinya itu.

Katanya, apabila dia telah scroll di beg kuning, kedai yang menjual udara itu berkata, “Mahu berjalan-jalan dan mahukan udara segar tetapi anda tiada wang? Mudah saja caranya, anda beli saja udara dari Bandung ini.”

“Katanya, udara Bandung boleh menghilangkan stress tapi udara Jakarta boleh menambahkan stress,” kata wanita itu lagi.

Selepas membuka kotak itu, dia terus mencuba udara Jakarta yang dibelinya itu. Sambil ketawa, dia menghirup udara itu.

“Dengan bajet sebanyak 12,000 rupiah (RM3.62) saja, saya dapat rasakan udara Jakarta tanpa ke mana-mana,” katanya berseloroh.

Dia kemudiannya mencuba udara Bandung pula.

“Setelah stress saya bertambah, pasti kali ini stress saya akan berkurang disebabkan udara yang sangat segar ini,” katanya lalu menarik nafas yang panjang apabila dia menghirup udara dari Bandung itu.

Dia mengakhirkan review udara Bandung dan Jakarta itu dengan memberikan perbezaan kedua-dua udara tersebut.

“Perbezaan aroma Bandung dan aroma Jakarta yang saya rasa setakat ini… Tiada bezanya.”

@zueenaaaaa

#review #reviewtiktok #perbedaan #udarajakarta #udarabandung #barangrandom #fypシ #maapin

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Sumber: zueenaaaaa

BACA JUGA: Ahli BTS RM & V Tamatkan Latihan Asas Tentera

The post Wanita Beli Udara Bandung & Jakarta, Siap Buat ‘Review’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*