Tular Video Avanza Potong Barisan, JPJ Akan Ambil Tindakan

Avanza Potong Barisan

Tular Video Avanza Potong Barisan, JPJ Akan Ambil Tindakan

Kesesakan lalu lintas sememangnya menjadi norma dalam sistem jalan raya baik di luar negara mahupun dalam negara. Kebiasaannya, ia berlaku disebabkan oleh perkara di luar jangkaan seperti, kemalangan, banjir dan program tertentu.

Perkara ini sememangnya menguji tahap kesabaran para pemandu dan bersikap untuk lebih bertolak ansur dikala berdepan arus kesesakan.

Walau bagaimanapun, sesetengah pengguna jalan raya yang tidak sabar bertindak melakukan perkara sesuka hati mereka sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain bahkan merisikokan nyawa misalnya memotong barisan.

Bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya lain malah mereke juga boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa sekiranya berjaya dikesan.

BACA JUGA: Lelaki Gigih Cari ‘Roadblock’, Nak Cuba Aplikasi MyJPJ

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda sebanyak RM300 sekiranya memotong barisan.

Avanza Potong Que

Baru-baru ini, tular satu rakaman tular di media sosial mendedahkan sebuah kereta jenis Toyota Avanza dilihat memotong barisan di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Avanza Potong Que
Avanza Potong Que

Bukan sahaja memotong barisan, kenderaan tersebut menggunakan laluan bertentangan untuk bergerak melewati deretan barisan kenderaan.

Tindakan tersebut turut membahayakan pengguna jalan raya lain apabila Avanza berwarna hitam itu nyaris bertembung dengan sebuah kereta sewaktu ia melawan arus.

Kenderaan tersebut dilihat terpaksa memberikan amaran dengan menyalakan lampu terhadap tindakan tidak kurang berhemah oleh pemandu Avanza itu.

Berhenti Di Bahu Jalan

Lebih teruk lagi, pemandu terbabit berhenti di bahu kanan jalan ketika lampu isyarat berwarna merah. Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, dia bertindak memecut menggunakan laluan bertentangan.

Avanza Potong Que

Respon JPJ

Walau bagaimanapun tindakan pemandu tidak berhemah itu berjaya dihidu oleh pihak JPJ menerusi video tular yang dimuat naik.

“Perkara berkenaan diambil maklum dan tindakan segera telah dilakukan JPJ Cawangan Muar untuk tindakan pengguatkuasaan.” komen JPJ dalam satu klip video.

Perkara itu nyata mendapat sokongan daripada warganet yang memuji respon pantas pihak berkuasa terhadap isu tersebut.

Sumber: funtasticko.net

The post Tular Video Avanza Potong Barisan, JPJ Akan Ambil Tindakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*