Mahkamah Rayuan Perintah Kes Salah Guna Kedudukan Muhyiddin Dikembalikan Ke Mahkamah Sesyen

salah guna kedudukan muhyiddin sesyen

Mahkamah Rayuan Perintah Kes Salah Guna Kedudukan Muhyiddin Dikembalikan Ke Mahkamah Sesyen

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kes salah guna kedudukan bagi mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Parti Bersatu berkaitan Projek Jana Wibawa yang membabitkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa raya selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Presiden Bersatu itu daripada empat pertuduhan berkenaan pada 15 Ogos tahun lepas.

Dua lagi hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S.M Komathy Suppiah.

Pada 15 Ogos tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu berkaitan Projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari yang sama.

BACA: Buat Sendiri Kat Rumah, Ini Resipi Donat Gebu Gebas Perlu Dicuba

Sumber: Bernama

The post Mahkamah Rayuan Perintah Kes Salah Guna Kedudukan Muhyiddin Dikembalikan Ke Mahkamah Sesyen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*