Majlis Ukhuwah Ramadan 2024 Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Majlis Ukhuwah Ramadan 2024 Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2024 – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, ASWARA menganjurkan Majlis Ukhuwah Ramadan 2024 bagi memupuk silaturahim dalam kalangan warga kerja ASWARA serta menyucikan jiwa sempena datangnya bulan Ramadan. Pelbagai pengisian menarik telah dirancang sempena majlis ini antaranya Slot ceramah yang disampaikan oleh pendakwah selebriti, Ustaz Fauwaz Fadzil dibawakan khas oleh Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bertajuk “Ramadan Penuh Makna”. Lebih menarik lagi, amalan rewang yang sememangnya terkenal dalam masyarakat dahulu turut diselitkan sebagai salah satu wadah pengisian yang menarik. Sesi penyediaan juadah berbuka puasa secara rewang ini diadakan di perkarangan asrama turut melibatkan para pelajar dan kakitangan ASWARA di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

majlis ukhuwah ramadan aswara

majlis ukhuwah ramadan aswara

Kemuncak Majlis Ukhuwah Ramadan ini ialah Majlis Berbuka Puasa warga ASWARA bersama warga ASWARA dan pengurusan tertinggi agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Majlis turut menyantuni para penerima sumbangan Tabung Wakalah Zakat ASWARA sebanyak RM 36,697.00 dan sumbangan melalui program Gerobok Kasih Sayang ASWARA daripada Pusat Pungutan Zakat — MAIWP, Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu serta pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini. Program ini merupakan satu platform buat semua warga ASWARA dan juga pihak serta agensi luar untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar ASWARA yang memerlukan dalam bentuk juadah berbuka puasa, makanan dan minuman mahupun alatan kebersihan.

majlis ukhuwah ramadan aswara

 

Warga ASWARA turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib seterusnya menikmati jamuan berbuka puasa sebelum menunaikan solat Isyak serta sunat tarawih secara berjemaah. Semoga dengan penganjuran majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi tali ukhuwah persaudaraan yang terjalin baik antara warga ASWARA, para penyumbang serta pengurusan tertinggi MOTAC.

The post Majlis Ukhuwah Ramadan 2024 Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*