“Mimpi Jadi Kenyataan,” Ernie Zakri Teruja Wajah Hiasi “Billboard” New York Times Square

Ernie Zakri Skrin New York

“Mimpi Jadi Kenyataan,” Ernie Zakri Teruja Wajah Hiasi “Billboard” New York Times Square

Siapa menyangka penyanyi tanah air, Ernie Zakri mengukir nama di pentas antarabangsa susulan wajahnya dipilih sebagai ikon yang menghiasi “billboard” di Times Square, New York, lapor Gempak.

“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.

“Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” kata Ernie.

Banyak Perancangan 2023

Menurut penyanyi berusia 31 tahun itu,  2023 merupakan tahun yang cukup bermakna buatnya secara peribadi.

Bukan itu sahaja, dia menjelaskan bahawa mempunyai banyak perancangan bagi tahun ini.

Gambar: Instagram Ernie Zakri

“Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Ernie dilaporkan terpilih sebagai wakil penyanyi dari Malaysia dalam Kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify. Berikutan itu, wajahnya telah ditayangkan pada skrin gergasi berkenaan.

BACA JUGA: Bandar New York Jadi Saksi, Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Times Square 

Kejayaan tersebut juga mendapat penghormatan daripada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang secara kebetulan baru sahaja membuat persembahan bersamanya.

Pemerkasaan Wanita

Program anjuran Spotify, Equal merupakan satu program yang memperjuangkan hak kesamaan terhadap artis wanita dari seluruh dunia.

Beliau juga sempat mengulas berhubung topik tersebut.

“Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita. Dan inilah yang ingin saya laungkan.

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari. Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup dan kerjaya.

“Akhirnya, penguat semangat dan pendorong saya adalah keluarga tercinta,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Tambah penyanyi yang terkenal dengan kemantapan vokal itu, segala penat lelahnya terbayar. Ia termasuk kejayaan terbaharu itu.

Ernie merupakan wakil daripada senarai Main EQUAL Malaysia & Singapura. Dalam program tersebut, terdapat 35 senarai Main tempatan EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara.

Selain itu, terdapat juga Senarai Main EQUAL Global “terbaik” yang mengandungi muzik dari artis EQUAL dari seluruh dunia.

Sebelum Ernie, antara nama besar selebriti tanah air yang pernah menghiasi papan iklan New York itu termasuklah Yuna dan DOLLA.

Sumber: Gempak

The post “Mimpi Jadi Kenyataan,” Ernie Zakri Teruja Wajah Hiasi “Billboard” New York Times Square appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*