Makam Purba Keturunan Firaun Berusia 3,500 Tahun ‘Muncul’ Semula Di Sungai Nil

Makam Purba Keturunan Firaun Berusia 3,500 Tahun ‘Muncul’ Semula Di Sungai Nil

Pihak berkuasa Mesir baru-baru ini mengumumkan penemuan sebuah makam purba di wilayah Luxor yang dipercayai berusia lebih 3,500 tahun, lapor Al-Arabiya.

Ahli arkeologi percaya, makam berkenaan merupakan tinggalan daripada Dinasti ke-18 keluarga diraja Firaun.

Makam berkenaan ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Mesir dan British ketika melakukan kerja-kerja eskavasi di tebing barat Sungai Nil. Kawasan berkenaan cukup terkenal kerana menjadi lokasi dimana Lembah Permasuri & Lembah Raja ditemui sebelum ini.

”Elemen pertama yang berjaya ditemui di dalam makam berkenaan memberikan petanda bahawa ia berkemungkinan berasal daripada Dinasti ke-18 Firaun Akhenaton dan Tutankhamun,” kata Mostafa Waziri, Ketua Konsul Antik Mesir.

Walau bagaimanapun, bahagian dalam makam berkenaan dikatakan berada dalam keadaan uzur ketika ditemui. Sebahagian keterangan pada makam berkenaan turut rosak dipercayai ditenggelami banjir yang berlaku pada zaman purba itu.

Dinasti ke-18 merupakan sebahagian daripada sejarah Mesir yang digelar sebagai era Kerajaan Baharu yang berakhir pada 1292 BC. Era berkenaan dianggap antara tahun-tahun paling makmur di zaman Mesir Purba.

Menurut penyelidik British, Piers Litherland makam berkenaan mungkin milik seorang isteri atau puteri kepada keturunan Thutmosid.

Terdahulu, para pengkaji kerap membuat penemuan baharu mengenai kerajaan purba Mesir sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia bagaimanapun mengundang kritik daripada orang ramai yang menganggap para pengkaji memberikan tumpuan berlebihan kepada usaha membuat penemuan baharu berbanding memberi fokus kepada usaha penyelidikan itu sendiri.

Namun begitu, penemuan-penemuan ini dianggap sangat penting kepada Mesir yang dalam usaha untuk memulihkan semula sektor pelancongan negaranya.

 

Sumber: @MySamudera via Twitter

The post Makam Purba Keturunan Firaun Berusia 3,500 Tahun ‘Muncul’ Semula Di Sungai Nil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*