Malaysia Layak Ke Piala Thomas Secara Automatik Selepas Mara Ke Separuh Akhir BATC 2024

Piala Thomas batc

Malaysia Layak Ke Piala Thomas Secara Automatik Selepas Mara Ke Separuh Akhir BATC 2024

SHAH ALAM, 16 Feb (Bernama) — Skuad lelaki negara layak secara automatik ke saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, April ini selepas berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, di sini hari ini.

Malaysia, selaku juara bertahan, meneruskan kemaraan dengan menumpaskan Singapura 3-1 pada aksi suku akhir di Pusat Konvensyen Setia City di sini tetapi pencapaian itu dihantui msalah kecederaan kepada pemain perseorangan Ng Tze Yong.

Pemain berusia 23 tahun itu yang diturunkan pada perlawanan pertama suku akhir itu hanya mampu bertahan kira-kira tiga minit ketika berdepan Jason Teh dari Singapura sebelum membuat keputusan tidak meneruskan perlawanan ketika ketinggalan 1-3 di set pertama.

Tze Yong terpaksa menarik diri apabila kecederaan belakang yang dialami ketika Terbuka Malaysia bulan lalu kembali menghantui pemain itu.

Tanpa gentar, Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 apabila pasangan beregu utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Loh Kean Hean-Howin Wong Jia Hao 21-11, 22-24, 21-14.

Leong Jun Hao kemudian mengambil masa hanya 31 minit untuk memastikan mata kedua dengan kemenangan mudah 21-8, 21-12 ke atas Joel Koh sebelum gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani meraih mata kemenangan dengan mengalahkan Wesley Koh-Junsuke Kubo, 21-6, 20-22, 21-8.

BACA: Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh

Sumber: Bernama

The post Malaysia Layak Ke Piala Thomas Secara Automatik Selepas Mara Ke Separuh Akhir BATC 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*