Tebang Pokok bersejarah Berusia 200 Tahun, Remaja Ditahan

tebang pokok bersejarah

Tebang Pokok bersejarah Berusia 200 Tahun, Remaja Ditahan

Seorang remaja berusia 16 tahun telah ditahan kerana menebang salah satu pokok yang paling terkenal di United Kingdom, lapor BBC..

Mercu tanda di Sycamore Gap bersebelahan dengan Hadrian Wall di Northumberland itu dipercayai telah ditebang pada semalam.

Pegawai Pihak Berkuasa Taman Negara Northumberland percaya pokok itu yang dikenali sebagai Pokok Robin Hood telah ditebang dengan sengaja.

Sementara itu, polis Northumbria berkata bahawa remaja tersebut telah ditangkap kerana disyaki melakukan kerosakan jenayah.

Menurut jurucakap polis, remaja itu sedang ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kejadian tersebut.

Kredit BBC

Supt Kevin Waring menyifatkan pokok itu sebagai mercu tanda tempat yang terkenal di dunia dan kehilangannya telah menyebabkan satu kejutan dan kesedihan kepada masyarakat.

“Memandangkan siasatan kami masih di peringkat awal, kami tetap berfikiran terbuka. Saya merayu kepada orang ramai untuk memberikan maklumat kepada kami bagi tujuan siasat.

“Jika anda melihat atau mendengar apa-apa yang mencurigakan, sila maklumkan kepada kami. Sebarang maklumat, tidak kira kecil atau tidak penting boleh menjadi bukti penting bagi siasatan kami,” kata Kevin.

Pokok itu telah tumbuh secara semula jadi dalam landskap berhampiran Hexham dan telah dipaparkan dalam filem Robin Hood: Prince of Thieves pada 1991.

Pada 2016, pokok itu telah dinamakan sebagai Tree of the Year dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Woodland Trust.

Penebangan pokok itu telah memberikan kesan kepada ramai orang yang meratapi kehilangan mercu tanda di Timur Laut itu.

Jurugambar Ian Sproat berkata: “Hatinya seperti dirobek apabila melihat kerosakan itu.”

Manakala Ahli Parlimen Hexham, Guy Opperman menyifatkan kejadian itu sebagai ‘satu kejutan yang besar’.

Selain itu, National Trust berkata bahawa mereka terkejut dan sedih dengan kehilangan sycamore yang diisytiharkan sebagai ciri penting dalam landskap selama hampir 200 tahun.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Alison Hawkins, seorang penduduk Liverpool merupakan salah seorang saksi pertama di tempat kejadian pada Khamis ketika dia berjalan sepanjang tembok terkenal itu.

“Ia adalah satu kejutan besar. Pada asasnya ia adalah merupakan gambar ikonik yang semua orang mahu lihat,” kata Alison.

Sumber: BBC

The post Tebang Pokok bersejarah Berusia 200 Tahun, Remaja Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*