Kapal Tanker Ditahan Maritim Malaysia Selepas Bersauh Tanpa Kebenaran

Kapal tanker ditahan bersauh

Kapal Tanker Ditahan Maritim Malaysia Selepas Bersauh Tanpa Kebenaran

KLANG, 19 Disember — Akibat gagal mempamerkan surat pemakluman kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia, sebuah kapal tanker ditahan Maritim Malaysia selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran di perairan Sekinchan, kelmarin.

Kapal dengan 12 kru itu ditahan pada jam 11.00 pagi pada kedudukan kira-kira 11 Batu Nautika Barat Daya Sekinchan.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan dibuat oleh pihaknya yang terlibat dalam OP EHSAN dan OP TIRIS setelah mengesan kedudukan kapal berkenaan yang mencurigakan kira-kira pada jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tanker tersebut tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Menurut Abdul Muhaimin, seramai 12 kru lelaki termasuk nakhoda berusia antara 20 hingga 55 tahun adalah warga Indonesia dan Myanmar berada di dalam kapal berkenaan dan kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Kapal disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

BACA JUGA: Alami Masalah Kesihatan, Ji Suk Jin Berehat Seketika Dari Running Man 

Beliau menambah, perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan dan kapten serta seorang kru kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

“Maritim Malaysia memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang di laut dan tindakan tegas akan diambil.

Pengusaha perkapalan atau pemilik kapal dinasihatkan memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia sebelum melabuhkan sauh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 

The post Kapal Tanker Ditahan Maritim Malaysia Selepas Bersauh Tanpa Kebenaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*