Malaysia Terbaik Di Asia Tenggara Dalam Indeks Keselamatan Siber Nasional 2020

Malaysia Kini Di Tangga Pertama Dalam Indeks Keselamatan Siber Nasional Di Asia Tenggara

Malaysia tersenarai di kedudukan pertama dalam Indeks Keselamatan Siber Nasional (NCSI) di peringkat Asia Tenggara pada 2022. Diperingkat global, Malaysia berada di tangga ke-18 dalam indeks yang sama.

Kedudukan indeks ini dinilai berdasarkan beberapa faktor iaitu perundangan dan peraturan keselamatan siber, kewujudan agensi kerajaan berkaitan dalam sektor keselamatan siber, kerjasama keselamatan siber antara kerajaan dengan swasta serta bukti awam yang boleh diakses seperti laman web berkenaan keselamatan siber.

Berdasarkan parameter tersebut, Malaysia mendapat skor sebanyak 79.22 daripada 100. Di tangga kedua adalah Singapura dengan skor 71.43 dan diikuti Thailand, Filipina dan Brunei Darussalam ditanga ketiga, keempat dan kelima dengan skor 64.94, 63.64, dan 41.56.

Ditangga keenam adalah Indonesia dan Vietnam, Laos, Kemboja serta Myanmar mengisi kedudukan seterusnya.

Terdahulu dalam indeks berbeza, iaitu Indeks Keselamatan Global 2020, Malaysia tersenarai pada kedudukan kelima terbaik di dunia bersama dengan Rusia dan UAE.

Malaysia hanya diatasi beberapa negara maju antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Korea Selatan. Bagaimanapun, dalam indeks ini, Singapura menghuni kedudukan yang lebih baik apabila berada di tangga keempat bersama Singapura dan Korea Selatan.

Namun begitu, Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding beberapa negara maju yang lain seperti Jepun di tangga tujuh, Perancis (9), Jerman (13), Belanda (16) dan China (33).

Kredit: Asean Skyline/Facebook

BACA: Pemain Gitar Rock Legenda, Jeff Beck Meninggal Dunia

Sumber: ASEAN Skyline via Facebook 

The post Malaysia Terbaik Di Asia Tenggara Dalam Indeks Keselamatan Siber Nasional 2020 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*