Subsidi Telur Dan Ayam Diteruskan Hingga Jun Dengan Kos RM1.28 Bilion

subsidi telur dan ayam jun

Subsidi Telur Dan Ayam Diteruskan Hingga Jun Dengan Kos RM1.28 Bilion

PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur dan ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion, menurut KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri mencapai kata sepakat untuk meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam itu pada 17 Feb lepas.

“Langkah ini diambil demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPKM berkata keperluan untuk membawa masuk telur ayam dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.

BACA JUGA: Kadar Subsidi Telur Ayam Naik Dua Sen Berkuat Kuasa Hari Ini – Annuar

“Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil dan tidak terputus,” katanya.

KPKM berkata pihaknya sentiasa memantau keperluan bekalan telur ayam dalam pasaran dan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam dalam negara stabil seperti sediakala

Sumber: BERNAMA

The post Subsidi Telur Dan Ayam Diteruskan Hingga Jun Dengan Kos RM1.28 Bilion appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*