Langkah Dubai: Sanusi Sahkan Wujud Gerakan Tumbangkan Kerajaan

sanusi gerakan kerajaan

Langkah Dubai: Sanusi Sahkan Wujud Gerakan Tumbangkan Kerajaan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak akan kekal sehingga lima tahun selepas mengesahkan bahawa wujud gerakan untuk menumbangkannya, lapor Awani.

Menurut Sanusi, beliau yakin ahli-ahli parlimen akan melakukan peralihan sokongan dan perkara itu dilakukan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Sanusi berkata beliau tidak boleh memberitahu kepada umum tentang perkara tersebut.

“(Kerajaan ini) tidak (akan) bertahan sampai lima tahun (ataupun sehingga habis penggal), mereka akan tumbang, saya (nak maklumkan bahawa saya) tahu (bila tarikh Kerajaan Perpaduan tumbang) tetapi tidak boleh ‘habaq’ (beritahu kepada umum), (perubahan kerajaan adalah) menerusi peralihan sokongan (yang) akan berlaku.

“(Sebenarnya) mereka pun yakin mereka akan jatuh, mereka ‘kelupoq’ (sedang menggelupur), muka sorang-sorang pucat sahaja, cuba pergi tengok menteri-menteri, muka semua pucat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.

BACA: Berkecai Jadi Serpihan, Ini Keadaan Terkini Pesawat Japan Airlines

Mengulas lanjut, Sanusi yang tegas dengan pendirian bahawa bakal berlaku peralihan sokongan itu turut mendakwa majoriti rakyat memberi sokongan terhadap usaha untuk menukar kerajaan tersebut.

Katanya, Langkah Dubai yang dikatakan sebelum ini hanyalah satu ‘dummy’.

“Bila kita lemparkan perkara ini dalam kalangan orang ramai, tidak ada yang membantah, yang gusar (itu hanya) seorang dua yang akan hilang kuasa sahaja, tetapi rakyat menyambutnya dengan baik.

“Saya kata agak-agak sahaja, takkan semua perkara nak ke Dubai, bincang, kalau bincang di Chow Kit, jadi Langkah Chow Kit sebab di Kuala Lumpur,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau maklum berkaitan ‘Langkah Dubai’, namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.

Sumber: Awani

The post Langkah Dubai: Sanusi Sahkan Wujud Gerakan Tumbangkan Kerajaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*