NGO Perlu Bekerjasama Dengan PKOB Bantu Mangsa Banjir Di Pahang – MB

ngo mangsa banjir

NGO Perlu Bekerjasama Dengan PKOB Bantu Mangsa Banjir Di Pahang – MB

TEMERLOH, 29 Dis (Bernama) — Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang perlu menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi mengelakkan pertindihan tugas.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan itu juga dilihat dapat memudahkan pihak NGO terlibat bergerak secara efisien dalam membantu membersihkan kawasan dilanda banjir.

“Menerusi PKOB, segala bantuan yang ingin diberikan oleh NGO akan menjadi lebih teratur dan tersusun. Sebagai contoh, tugasan boleh dibahagikan dalam kalangan mereka untuk membersihkan rumah mangsa banjir, sekolah dan balai raya yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni 28 orang mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ira di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat mangsa banjir di PPS SK Tebing Tinggi, Jerantut, selain meninjau Jambatan Kuala Krau di sini yang mengalami hakisan tanah akibat arus deras sungai berhampiran dan turut mengarahkan pihak berkaitan mempercepatkan baik pulih jambatan itu.

BACA: Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Sejarah Jambatan Kereta Api Salak Selatan

Sementara itu, Wan Rosdy berkata setakat ini kerjasama semua agensi kerajaan dalam menangani bencana banjir di Pahang amat baik termasuk penduduk terjejas yang patuh mengikut arahan pihak berkuasa agar berpindah.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan meneliti jumlah peruntukan bantuan banjir kepada mangsa terjejas.

“Buat masa ini keutamaan kita ialah memastikan semua mangsa banjir berada dalam keadaan selamat, selesa dan cukup bekalan makanan, kita bersyukur kerana situasi banjir di Pahang masih terkawal,” katanya.

Setakat tengah hari tadi, aplikasi InfoBencanaJKM merekodkan sebanyak 152 mangsa banjir daripada 40 keluarga di Pahang yang ditempatkan di lapan PPS di daerah Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut.

Sumber: BERNAMA

The post NGO Perlu Bekerjasama Dengan PKOB Bantu Mangsa Banjir Di Pahang – MB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*