Mara Ke Final Trofi Juara-juara Asia, Pasukan Hoki Malaysia Kini Ke-9 Terbaik Dunia

hoki malaysia ke-9 terbaik dunia

Mara Ke Final Trofi Juara-juara Asia, Pasukan Hoki Malaysia Kini Ke-9 Terbaik Dunia

Prestasi baik dipamerkan skuad hoki padang Malaysia di Kejohanan Trofi Juara-juara Asia 2023 dan kejayaan untuk mara sehingga ke final berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIH.

Malah, kejayaan membenam cabaran Korea Selatan, 6-2 semalam juga membantu negara memintas negara itu dalam ranking berkenaan.

Menurut data terkini kedudukan ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa itu, Malaysia kini berada di tangga kesembilan dunia selepas mengumpul sebanyak 2049.98 mata ranking.

Manakala Korea Selatan kini jatuh ke tangga ke-10 dengan 1976.60 mata.

Malaysia berada di belakang Argentina dengan perbezaan mata sebanyak 300.09 mata, yang mana pasukan Amerika Sekatan tersebut mengumpul 2350.07mata keseluruhan.

Tempat pertama pula dihuni Belanda yang mengumpul kutipan mata keseluruhan sebanyak 3095.90, diikuti Belgium dengan 2917.87 mata.

Malaysia benam ‘Oppa’ pada sepatuh akhir ACT 2023

Terdahulu, skuad hoki lelaki kebangsaan berjaya membenamkan pasukan Korea Selatan dengan keputusan 6-2, dalam kejohanan itu yang berlangsung di India, semalam.

Kejayaan berkenaan sekaligus melakar sejarah baharu untuk The Speedy Tigers untuk mara ke final ACT buat kali pertama dalam sejarah.

Lebih manis, Korea Selatan yang ditewaskan menerusi aksi bertenaga anak buah Arul Selvaraj itu merupakan juara bertahan kejohanan.

Dengan kejayaan tersebut, Malaysia akan membuat perhitungan dengan pasukan tuan rumah yang berjaya membenam cabaran Jepun, 5-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada hari ini manakala Korea Selatan dan Jepun turut akan turun ke padang untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Manakala Pakistan menghuni tangga kelima kejohanan selepas menundukkan China 6-1 dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam.

Hoki Malaysia ke-9 terbaik dunia

Terdahulu, dalam pertemuan aksi ketiga, Malaysia tewas 0-5 kepada India dalam kejohanan pusingan satu kumpulan itu. Justeru, pertemuan di pentas final ini merupakan peluang untuk skuad kebangsaan membalas kekalahan tersebut.

Bagaimanapun, Malaysia bakal berdepan dengan tugas yang sukar selepas tuan rumah yang berada di ranking keempat dunia itu tampil dengan prestasi memukau dalam kejohanan kali ini. Namun, ia bukanlah satu tugas yang mustahil untuk The Speedy Tigers.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah mara ke final ACT sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2011. Pencapaian terbaik pasukan Malaysia adalah menduduki tempat ketiga pada edisi 2011, 2012, 2013, 2016 dan 2018.

BACA: Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya

Sumber: International Hockey Federation

The post Mara Ke Final Trofi Juara-juara Asia, Pasukan Hoki Malaysia Kini Ke-9 Terbaik Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*