Pelancong Malaysia Maut Terjatuh Dari Tebing Di Indonesia – Laporan

pelancong malaysia tebing indonesia

Pelancong Malaysia Maut Terjatuh Dari Tebing Di Indonesia – Laporan 

Seorang pelancong dari Malaysia dilapor meninggal dunia akibat tergelincir ketika menuruni tebing semasa berkunjung ke Kawasan Pelancongan Tumpak, Indonesia pada Rabu.

Lapor Kompas.com, kejadian yang meragut nyawa itu berlaku semasa mangsa yang berusia 58 tahun terbabit berada di tebing dan mahu turun ke sungai yang berada di bawah air terjun.

Ketua Polis Daerah Pronojiwo, Wahono Puji Santoso berkata ketika terjatuh, bahagian belakang kepala mangsa terlanggar batu.

Walau bagaimanapun, suami mangsa yang turut berada di situ sempat menarik mangsa ketika kejadian itu berlaku.

Katanya, lokasi mangsa yang berasal dari Selangor itu betul-betul di bahagian jambatan nombor dua atau selepas menuruni anak tangga jambatan pada ketinggian 15 meter.

“Maklumat yang kami terima, mangsa tergelincir selepas menuruni tangga.

“Lebih tepatnya di jambatan nombor dua, di mana mangsa jatuh hingga menyebabkan kepalanya terhantuk pada batu,” ujarnya.

Menurut Puji, proses pemindahan keluar mangsa dari lokasi kejadian mengambil masa yang lama kerana bentuk muka bumi yang agak mencabar.

Lokasi nahas itu agak sukar untuk dilalui oleh kerana permukaannya yang semula jadi mempunyai bentuk yang ‘unik’.

Difahamakn pihak penyelamat dan penduduk setempat terpaksa menaiki tangga di tepi tebing yang sempit dan curam untuk membawa mangsa keluar.

Selepas dipindahkan, mangsa segera dikejarkan ke hospital tempatan namun malangnya tidak dapat diselamatkan.

“Masih bernyawa ketika berada di bawah…”

“Maklumat yang kami terima, mangsa dikatakan masih bernafas dan bernyawa ketika berada di tempat kejadian.

“Tetapi bentuk muka bumi menyukarkan proses pengeluaran.

“Malah badan mangsa menjadi sejuk ketika kami mengangkatnya. Setibanya di pusat kesihatan dia telah disahkan meninggal dunia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak Polis Lumajang melakukan pemeriksaan teliti di tempat kejadian jenayah (TKP) atau lokasi kejadian.

Sementara itu, polis turut dibantu oleh kumpulan kesedaran pelancongan untuk mencari telefon bimbit mangsa  di tempat kejadian sebagai bukti tambahan.

“Sehingga kini, pihak kesedaran pelancongan masih melakukan pemeriksaan TKP. Atas maklumat daripada suaminya, dia sempat menarik mangsa apabila mangsa terjatuh untuk membantu.

“Dia juga memaklumkan mengenai telefon bimbit mangsa yang terjatuh di tempat kejadian.

“Kami masih berusaha mencari telefon itu,” tambahnya.

Sumber: Kompas.com

BACA: Motosikal Bertembung, Dua Remaja Dilapor Maut

The post Pelancong Malaysia Maut Terjatuh Dari Tebing Di Indonesia – Laporan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*