Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Kanak-kanak 9 Tahun Ini Perlu Dana Untuk Transplan Sumsum Tulang Segera.

Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Seorang kanak-kanak perempuan memerlukan sumbangan sebanyak RM 400,000, iaitu kos bagi membolehkannya menjalani transplan sumsum tulang daripada ibunya.

Chim Kah Qing, 9, turut menderita beberapa masalah kesihatan lain antaranya masalah darah beku dan sebagainya pada keseluruhan badan.

Ketika ini, kehidupan Kah Qing dalam keadaan sukar apabila badanya tidak lagi mampu menghasilkan sel darah dan setiap saat, sel tersebut akan musnah.

Keadaan semasa Kah Qing ketika ini pasti membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata apabila melihatnya. apatah lagi, bagi ahli keluarganya sendiri, terutama si ibu.

Apa yang mampu dilakukan hanyalah mendengar nasihat doktor supaya pembedahan anaknya disegerakan. Walau bagaimanapun, kos pembedehan sebesar RM 400,000 bukanlah satu jumlah yang kecil dan diluar kemampuan si ibu.

Situasi itu, menyebabkan keluarga Kah Qing terdesak dan memerlukan bantuan dengan kadar segera.

Untuk makluman, Chim Kah Qing menderita daripada penyakit anemia aplastik. Ia merupakan satu keadaan yang mana, badannya tidak lagi mampu untuk menghasilkan sel darah dan menyebabkan pengambilan sebarang ubat, tidak berkesan.

Kini, ‘masa’ merupakan musuh utama Kah Qing. Tanpa pembedahan segera, organnya akan mengalami pendarahan secara berlebihan.

Keadaan ini boleh menyebabkan kegagalan organ berlaku dan membawa kepada situasi yang paling ditakuti oleh sesiapa sahaja.

“Saya tak boleh mengalami pendarahan, tak boleh ada luka, dan tak boleh jatuh. Oleh itu, saya tak keluar ke rumah. Saya geram, kenapa saya ada penyakit ni?”

Berikut merupakan perasaan dari adik Kah Qing sendiri, yang patah hati dan merasa pedih atas apa yang dilaluinya.

kanak -kanak perempuan transplan sumsum tulang
Kredit: Da Ai

Terpaksa menjadi ‘matang’ lebih awal

Zaman kanak-kanaknya yang seharusnya dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriannya tetapi keadaannya memaksanya untuk menjadi matang lebih awal dari sepatutnya.

Dia terpaksa memendam keinginan untuk meneroka dunia luar kerana tahu keterbatasan yang ada dan bahaya yang menanti apabila dia berada luar.

Ketika melihat bekas jarum suntikan pada badannya, tiada sesiapa yang dapat membayangkan apa yang telah dilaluinya selama ini.

Walaupun dirinya kelihatan masih muda, kanak-kanak ini tahu segalanya mengenai keadaan keluarga serta nasib dirinya.

Kanak-kanak ini turut berpegang dengan apa yang yang dikatakan ibunya, “Bergembiralah setiap hari dan jangan bersedih,”

Setiap hari, kanak-kanak tersebut sentiasa berusaha untuk menghalang ibunya daripada berduka. Pada usia setahun jagung, dirinya sudah memiliki rasa empati terhadap apa yang dialami ibunya.

kanak -kanak perempuan transplan sumsum tulang
Kredit: Da Ai

Segalanya sudah sedia dikorbankan, namun faktor kewangan menghalang ibu ini untuk meneruskan hajatnya.

Pada masa yang sukar ini, Gan Swee Ying yang juga merupakan ibu tunggal, sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya. Bahkan, dia sangat bersedia untuk menjadi penderma sumsum demi memastikan cahaya matanya kembali sihat seperti sedia kala.

Namun apakan daya, faktor kekangan kewangan menjadikan perjuangan ibu ini juga seolah-olah perjuangan menentang masa.

Dia juga terpaksa berhenti bekerja sebagai pendandan rambut kerana anaknya memerlukan perhatian sepenuh masa. Selain Kah Qing, Puan Gan turut menjaga anak lelakinya yang merupakan orang kelainan upaya.

kanak -kanak perempuan transplan sumsum tulang
Kredit: Da Ai

Disebabkan itu, kos pembedahan itu disifatkan amat mustahil untuk dipenuhi dan dirinya seakan-akan mahu mengalah.

Namun, acap kali dirinya memikirkan anak-anaknya, Puan Gan memilih untuk menjadi lebih kuat dan cekal atas apa yang dilaluinya.

Sehubungan itu, wanita itu telah memohon bantua daripada NGO, Da Ai untuk membuka tabung derma kilat bagi menampung kos pembedahan anaknya.

Pihak Da Ai telah membuat keputusan untuk melancarkan kempen derma kilat ke atas Kah Qing dan berharap agar orang ramai dapat menyumbangkan sedikit ihsan kepada keluarga ini.

Pastikan Puan Gan tahu bahawa dirinya tidak berseorangan dalam usaha untuk menyelamatkan bidadari kecil ini.

Kredit: Da Ai

Setiap pemberian kecil yang dihulurkan daripada setiap individu-individu yang berhati mula sudah cukup untuk memberikan semangat dan harapan kepada anak kecil untuk terus tersenyum.

Bagi seiapa yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan, anda boleh menghubungi wakil Da Ai, Encik Calvin menerusi WhatsApp atau menerusi e-melnya (calvinwong0287@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi Calvin menerusi talian ini (+60 11-2611 0287).

Semoga kita dapat bersama-sama membantu meringankan beban yang terbungkam dalam diri mereka serta memberikan masa depan yang lebih cerah kepada Adik Kah Qing.

Kami juga meminta bantuan orang ramai untuk menyebarkan mesej ini sebagai satu bentuk sokongan buat Puan Gan dan Kah Qing untuk mengatasi kesukaran ini.

BACA: Pokok Keluarkan Bunyi Tangisan Budak Perempuan Di Jawa Timur

Sumber: Calvin (Da Ai)

The post Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*