Masuk Percuma Ke Pusat Sains Negara, Planetarium Negara Bagi Lawatan Rasmi Sekolah

pusat sains negara lawatan

Masuk Percuma Ke Pusat Sains Negara, Planetarium Negara Bagi Lawatan Rasmi Sekolah

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan tiket percuma ke Pusat Sains Negara (PSN) di Kuala Lumpur serta Cawangan Wilayah Utara di Alor Setar, Kedah, dan Planetarium Negara bagi lawatan rasmi pendidikan murid sekolah.

Menterinya Chang Lih Kang berkata ia selaras dengan inisiatif dan pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) yang menggalakkan sekolah menganjurkan lawatan pendidikan sebagai sebahagian daripada pengukuhan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

“Ia merupakan usaha bersepadu untuk menjayakan dasar kerajaan mendekatkan sains dan teknologi kepada rakyat dan menyemai minat pelajar terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang menyambut baik inisiatif KPM itu.

BACA JUGA: KPM Umum 10 Prakarsa Termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu Sempena Hari Guru 2023

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 9/2023 bertarikh 16 Jun 2023 https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/ikhtisas/2023-1/5834-spi-kpm-bilangan-9-tahun-2023-garis-panduan-lawatan-murid-sekolah-bawah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-tahun-2023/file menyebut tentang garis panduan lawatan murid sekolah di bawah KPM iaitu pihak sekolah digalakkan menganjurkan lawatan berunsurkan pendidikan serta mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada murid dan menambah ilmu pengetahuan masing-masing.

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali itu turut menyarankan agar institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM turut merujuk garis panduan tersebut.

Chang berkata MOSTI memainkan peranan penting dalam pembelajaran STEM secara tidak formal melalui kemudahan PSN dan Planetarium Negara yang menyediakan 1,001 pengalaman sains dan teknologi kepada pengunjung terutamanya golongan pelajar.

PSN juga menyediakan pengalaman sains dan teknologi di galeri pameran dalaman dan zon pameran luar yang menyediakan pelbagai barangan pameran dan aktiviti antaranya sains fizik, sains hayat dan sains angkasa termasuk pameran Obskura XR untuk meneroka teknologi realiti maya.

Beliau berkata pameran dengan kerjasama rakan strategik luar bagaimanapun tidak termasuk dalam tawaran tiket percuma itu.

Planetarium Negara yang menawarkan sesi demonstrasi sains dan pengalaman astronomi kini dalam proses pembaikan dan akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula Ogos ini.

Sumber: BERNAMA

The post Masuk Percuma Ke Pusat Sains Negara, Planetarium Negara Bagi Lawatan Rasmi Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*