Mayat Ahli Perniagaan Dalam Peti Sejuk, 4 Suspek Ditahan Di Thailand

ahli perniagaan thailand

Mayat Ahli Perniagaan Dalam Peti Sejuk, 4 Suspek Ditahan Di Thailand

BANGKOK, 13 Julai (Bernama-dpa) — Pihak berkuasa Thailand menahan tiga warga Jerman dan seorang lelaki Pakistan berusia 27 tahun berhubung penemuan mayat ahli perniagaan Jerman yang dikerat di Thailand,  Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Bangkok Post.

Suspek warga Jerman ialah seorang lelaki berusia 52 tahun dan dua wanita berusia 52 dan 54 tahun, lapor Bangkok Post pada Khamis, memetik penyiasat. Semua  suspek menafikan ada kaitan dengan kematian ahli perniagaan berusia 62 tahun itu.

Mangsa dilaporkan hilang pada 4 Julai. Mayatnya ditemui pada Isnin dalam peti sejuk di sebuah kediaman di Nong Prue, pinggir bandar di pusat peranginan terkenal Pattaya di wilayah Chonburi.

Tiga daripada mereka yang ditahan disyaki menggergaji mayat kepada 13 bahagian sebelum menyembunyikannya dalam beg plastik, akhbar itu memetik polis.

Suspek keempat yang juga seorang wanita dikatakan telah menyewa rumah tempat mayat mangsa ditemui. Beberapa saluran berita tempatan melaporkan wanita itu sedang dirawat di hospital kerana kecederaan, yang disyaki pihak berkuasa akibat tindakannya sendiri.

Kematian ahli perniagaan itu dipercayai berkaitan dengan pemerasan, menurut penyiasat. Pada Rabu, akhbar Khaosod melaporkan bahawa sejumlah tiga juta baht (sekitar US$87,000) telah dipindahkan daripada akaun mangsa ke 10 akaun lain.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dua Mayat Lelaki Dalam Bungkusan Kanvas Ditemukan Di Cheng

The post Mayat Ahli Perniagaan Dalam Peti Sejuk, 4 Suspek Ditahan Di Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*