Radzi Jidin Jelaskan Kenapa Laporan Audit Tidak Perlu Dibahaskan

radzi laporan audit

Radzi Jidin Jelaskan Kenapa Laporan Audit Tidak Perlu Dibahaskan

Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan Laporan Ketua Audit Negara 2021 tidak perlu dibahaskan dalam Dewan Rakyat kerana syor telah dijawab dan dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Lapor Awani, Radzi menjelaskan ia bukan soal takut namun lebih untuk memastikan perbincangan dalam dewan mempunyai hasil dan faedah.

“Ini bukan soal ketakutan, tetapi soalnya pada hari ini adalah bagaimana kita nak memastikan urusan dewan ini, rakyat bayar kita datang ke sini, kita bincang sesuatu yang ada hasil, ada faedah.

“Kalau tiada urusan, we stop here. Kita buat urusan lain demi untuk rakyat,” katanya.

Jelas beliau, segala syor yang diberikan telah dijawab dan dijelaskan dalam laporan tersebut.

“Laporan Ketua Audit Negara mempunyai skop, objektif tentang apa yang mahu dilakukan. Kemudian ada maklum balas daripada Kementerian.

“Kementerian sudah jawab, kalau ada isu, kementerian kena jawab. Ada maklum balas.

“Ketua Audit Negara akan bagi syor, syor ini kementerian akan ambil.

“Sebagai seorang mantan menteri, setiap kementerian mengambil serius setiap teguran Ketua Audit Negara,” jelasnya.

Tambah Radzi, segala isu yang ditimbulkan oleh Ketua Audit Negara, ia telah diselesaikan dengan penuh perhatian.

Beliau turut mengatakan segala isu yang dibangkitkan dan memerlukan perhatian, ia boleh dihantar terus kepada PAC.

Mengulas lanjut, Radzi berkata laporan PAC yang sepatutnya dibahaskan dalam Dewan Rakyat kerana ia lebih terperinci dan menjurus.

“Jika tidak akan habiskan masa sepanjang hari berbahas for nothing, kerana segala pekara yang disiasat itu telah dijawab oleh Kementerian,” ujarnya.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer tetap berkeras mahu laporan tersebut dibahaskan kerana terdapat beberapa isu berlaku pada tahun 2021 yang perlu diketengahkan.

BACA: JPJ Rugi RM14.38 Juta Cetak Kad Lesen Memandu – Laporan Ketua Audit Negara

‘Saya minta budak tidak siuman Hulu Langat jangan buat macam tu’ – Shahidan

Pagi tadi, Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan ahli Parlimen Hulu Langat sebagai ‘tidak siuman dan bangang’, lapor Awani.

Difahamkan ia terjadi selepas soalan berkaitan dakwaan Menteri Besar Kedah bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah dibincangkan.

Semasa Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjawab pertanyaan tersebut Mohd Sany Hamzan berkeras mengatakan dakwaan itu dikeluarkan sendiri oleh Menteri Besar Kedah.

“Saya minta budak tidak siuman Hulu Langat (YB) jangan buat macam itu.

“Budak tidak siuman, bangang,” katanya sambil menunjuk ke arah Sany.

Shahidan kemudiannya mengakui bahawa beliau melontarkan perkataan ‘bangang’ terhadap Sany.

Sumber: Awani

The post Radzi Jidin Jelaskan Kenapa Laporan Audit Tidak Perlu Dibahaskan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*