Ramai bangga, nama PM ‘dipetik’ dalam program luar negara -“Penat menahan diri”

Sejak semalam, nama Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat perhatian apabila menjadi salah satu soalan dalam program realiti televisyen Who Wants To Be A Millionaire India baru-baru ini.

Nama disebut dalam program luar negara

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @kingmsharul1, dapat dilihat yang selebriti terkenal India, Amitabh Bachan bertanyakan soalan tersebut kepada peserta dengan memberikan pilihan jawapan yang salah satunya adalah ‘Malaysia’.

@kingmshahrul1

Punyalah Famous PM kita Anwar Ibrahim dekat india..sambil senyum je dia jawab soalan dalam rancangan TV Who Want to be a milionaire India@anwaribrahimofficial

♬ original sound – Kingmshahrul – Ramosha

Senyum je dia jawab dengan yakin

Dengan yakin dan tersenyum, peserta lelaki itu menjawab dengan tepat soalan berharga lebih dari INR6,000,000 bersamaan dengan RM342, 000.

PM kena tengok perkara ini

Video yang berdurasi 45 saat itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang kebanyakkan bangga dengan perdana menteri Malaysia ke-10 kerana dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Rakyat negara lain juga turut mengenali Anwar Ibrahim dan perkara itu sesuatu yang sangat dibanggakan kerana mempunyai pemimpin yang dikagumi dunia.

Walau bagaimanapun, video terbabit tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Difahamkan, program Who Wants To Be A Millionaire India itu telah dihoskan oleh pelakon senior terkenal, Amitabh Bachan dan disiarkan di saluran KBC serta sudah memasuki musim ke-14 di India.

BACA: (Video) ‘Dah pegang bebird anak, dipegang plak makanan pelanggan’ – Netizen jijik tengok video tukang masak pengotor

Sumber: TikTok @kingmsharul1

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*