Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Dalam Kolam 

mayat dalam kolam

Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Dalam Kolam 

ALOR SETAR —  Dalam satu kejadian di Jalan Panchor, dekat Pokok Sena semalam, mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam sebuah kolam, lapor Sinar Harian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali, pada jam 11 pagi, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan tersebut.

Tambahnya, identiti mangsa belum dikenal pasti sehingga kini. Walau bagaimanapun, mayat lelaki itu disyaki warga tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut,” ujarnya sewaktu dihubungi pada hari ini.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Kata Syed Basri, punca kematian masih belum diketahui meskipun hasil bedah siasat telah dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Bagaimanapun tidak mempunyai tanda-tanda yang si mati meninggal akibat unsur jenayah.

“Spesimen berkaitan mangsa juga telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan keputusan. Kita sedang menunggu ujian dari Jabatan Kimia untuk mengetahui sebab kematiannya,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke Balai Polis Pokok Sena untuk membantu siasatan.

Mayat Tanpa Identiti Di Pantai Puteri

Pada 24 September lalu, satu mayat tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling, lapor Bernama.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, mayat berkenaan ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir kira-kira 8 pagi di lokasi kejadian.

Mayat wanita berusia lingkungan 20-an itu juga dipercayai warga tempatan.

“Berdasarkan pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati tidak terdapat kecederaan atau unsur jenayah dan identiti mangsa sedang dikenal pasti menerusi analisis cap jarinya.

“Bagaimanapun kita percaya mangsa merupakan warganegara Malaysia berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada bahunya,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Katanya, mayat tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

The post Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Dalam Kolam  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*