Mayat Lelaki Warga Tempatan Ditemui Dalam Longkang Di Lebuhraya DUKE

mayat lelaki warga tempatan

Mayat Lelaki Warga Tempatan Ditemui Dalam Longkang Di Lebuhraya DUKE

Mayat seorang lelaki ditemui di Kilometer 5.1 Lebuhraya DUKE dari Gombak menghala Sentul pada pagi tadi.

Penemuan mayat tersebut telah disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Abang Kaderi Abang Wasli.

Menurut Abang Kaderi, laporan berhubung penemuan mayat mangsa telah diterima oleh pihaknya sekitar jam 11.08 pagi.

“Pada 7 Februari jam lebih kurang 11.08. Pihak polis IPD Gombak telah terima panggilan dari Merc 999 memaklumkan telah menjumpai satu mayat bangsa tidak pasti di KM 5.1 Lebuhraya DUKE dari Gombak menghala Sentul,” kata Abang Kaderi.

Tambah beliau lagi, hasil siasatan awal mendapati mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui berada di dalam longkang dalam keadaan mengiring.

Difahamkan, hasil pemeriksaan itu juga mendapati bahawa mayat mangsa lelaki itu merupakan warga tempatan yang berumur 34 tahun.

“Pemeriksaan juga mendapati mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur 34 tahun,” katanya lagi.

Selain itu, pemeriksaan juga mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan juga badannya.

Turut dijumpai di samping mangsa adalah barang yang dipercayai milik mangsa sepeti helmet, seluar telefon bimbit dan dompet.

Susulan penemuan itu, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Menurut Abang Kaderi lagi, kes kini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau juga meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Saksi kejadian boleh berhubung terus dengan Sarjan Sarjeet Singh A/L Pretam Singh di talian 019-200 4310 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Polis Daerah Gombak

The post Mayat Lelaki Warga Tempatan Ditemui Dalam Longkang Di Lebuhraya DUKE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*