Jangan Lepaskan Peluang, Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini

biasiswa yayasan tunku abdul rahman

Jangan Lepaskan Peluang, Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) dilapor akan dibuka selama dua bulan, bermula 8 Februari sehingga 8 April depan.

Berita tersebut dikongsikan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

“Ayuh adik-adik semua jom mohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) sementara pendaftaran masih dibuka,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Yayasan Tunku Abdul Rahman (YayasanTAR), BTAR ialah biasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar yang berpotensi tinggi.

Akan dapat bantuan kewangan sokongan khusus

Biasiswa yang ditawarkan itu bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan dan sokongan khusus kepada para pelajar yang layak.

Yuran pengajian penerima biasiswa ini yang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA akan ditaja sepenuhnya.

Selain itu, mereka juga menerima elaun sara hidup yang diterima setiap bulan sepanjang tempoh mereka menerima biasisiwa tersebut.

Elaun tahunan pula akan diberikan bagi pembangunan profesional untuk peningkatan diri penerima biasiswa.

Penerima juga akan menerima elaun sekali beri, iaitu untuk menampung perbelanjaan membeli komputer riba, kos menyiapkan tesis, membeli pakaian formal atau tiket penerbangan.

Selain itu, penerima BTAR juga akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama dua tahun yang melibatkan persidangan dan bengkel.

Syarat kelayakan untuk memohon BTAR adalah terbuka kepada bakal pelajar dan juga pelajar yang sedang meneruskan pembelajaran ijazah sarjana muda.

Keutamaan akan diberi kepada pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh MQA.

Selain itu, calon yang pernah atau sedang menghadapi tempoh sukar dan menunjukkan potensi untuk berjaya juga akan diberikan keutamaan.

Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar seperti Orang Kelainan Upaya (OKU) serta calon luar bandar juga akan menjadi keutamaan penerima BTAR.

BTAR juga meletakkan keutamaan kepada calon yang hadir daripada keluarga berpendapatan rendah, kurang daripada RM4,850 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layarai laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook/Aaron Ago Dagang, Yayasan TAR

The post Jangan Lepaskan Peluang, Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*