Maybank Umum Tidak Akan Kenakan Caj Tambahan DuitNow QR Kepada Pengguna

maybank duitnow qr

Maybank Umum Tidak Akan Kenakan Caj Tambahan DuitNow QR Kepada Pengguna

Maybank dilaporkan tidak akan melaksanakan bayaran caj tambahan kepada pengguna berkaitan dengan DuitNow QR.

Pengumuman itu dibuat oleh Maybank dalam satu kenyataannya pada semalam susulan berita yang menyatakan bahawa akan terdapat caj bagi kegunaan bayaran tersebut.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Maybank tidak akan melaksanakan sebarang bayaran berkaitan DuitNow QR.

“Ia akan berterusan sehingga dimaklumkan kelak,” tulis kenyataan itu. 

Dalam pada itu, Maybank turut memberitahu bahawa semua peniaga akan terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa sebarang caj.

“Yakinlah bahawa semua peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa caj. Sebarang perubahan kepada ini akan dimaklumkan lebih awal kepada peniaga,” tambah kenyataan itu. 

Isu Caj QR DuitNow: PayNet Jelaskan Dua Kekeliruan 

Sebelum ini, isu caj pembayaran transaksi melalui kod QR DuitNow yang dikenakan ke atas peniaga seperti yang dilapor media baru-baru ini disalah fahami oleh kebanyakan pihak.

PayNet dalam satu kenyataan sebaliknya menjelaskan, terdapat dua kekeliruan yang berlaku ekoran ia dilaporkan secara tidak tepat dan penjelasan perlu diberikan.

Pertama, mengenai pembayaran yang dibuat pelanggan kepada peniaga, caj yang dikenakan adalah kadar diskaun peniaga (merchant discount rate – MDR) yang dicaj berdasarkan peratusan nilai transaksi pembayaran.

“Peniaga akan menerima pembayaran yang dibuat oleh pelanggan selepas MDR ditolak.

“Pada masa ini pembayaran melalui kad debit dan kredit dikenakan MDR sedangkan terdapat penepian MDR pada pembayaran QR.

“Mulai 1 November 2023, penepian MDR untuk pembayaran melalui QR DuitNow akan ditarik balik,” maklum kenyataan itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Dalam pada itu, bagi isu kedua iaitu caj RM0.50 yang dikenakan, maklum PayNet ia hanyalah melibatkan transaksi sesama QR peribadi.

“Caj RM0.50 yang dikenakan bagi setiap transaksi RM5,000 ke atas pula adalah untuk pemindahan ‘peer-to-peer’ daripada QR peribadi kepada QR peribadi yang lain dan bukan kepada peniaga.

“Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada peniaga seperti yang disebut dalam perkara pertama dan dalam keadaan apa pun, kedua-dua caj tidak akan dikenakan untuk transaksi yang sama,” maklumnya lagi.

Sumber: Maybank

The post Maybank Umum Tidak Akan Kenakan Caj Tambahan DuitNow QR Kepada Pengguna appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*