Pasangan Pengantin “Order” McDonald’s, Hidang Burger Dan Nugget Kepada Tetamu Majlis 

pengantin hidang burger mcdonald's

Pasangan Pengantin “Order” McDonald’s, Hidang Burger Dan Nugget Kepada Tetamu Majlis 

Pasangan pengantin baru dari Paris mendapat perhatian selepas menghidangkan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka dengan hidangan McDonald’s, lapor Daily Mail.

Thomas Billaudeau, 27, dan isterinya Ophelie, 25, memilih untuk menghidangkan hidangan yang tidak konvensional daripada memilih hidangan mewah yang mahal.

Thomas menyiarkan video kejutan itu di TikTok dengan meletakkan tag McDonald’s Beauvais Tille dalam kapsyen muat naiknya itu.

Dalam video itu, pengantin perempuan memegang mikrofon dan mengarahkan tetamu untuk berpaling ke belakang.

Kredit TikTok

Tetamu kemudiannya bersorak selepas melihat penghantar makanan McDonald’s itu sedang menyusun hidangan tersebut.

Kredit TikTok

Menu yang dipilih adalah burger sebanyak 300 biji dan nugget

Pasangan bahagia itu dikatakan telah memesan lebih daripada 300 buger dan nugget daripada rangkaian makanan segera yang popular itu.

Thomas yang bekerja sebagai jurugambar telah berkongsi klip sambutan itu di media sosialnya.

Ekoran muat naik tersebut, ada yang bertindak mengecam pasangan itu dan ada yang mempertahankan tindakan pengantin berkenaan.

“Harga McDonald’s sekarang sudah mahal, lebih baik ambil katerer dan anda akan dapat menu yang berkualiti,” tulis seorang netizen yang tidak bersetuju dengan pengantin tersebut.

Bagaimanapun, seorang netizen telah menyokong tindakan pengantin itu dengan mengatakan bahawa dia sangat menyukainya.

“Saya sangat menyukainya begitu juga dengan semua tetamu. McChicken dan kentang goreng juga! Majlis yang hebat. Tetamu semua gembira,” tulis seorang netizen yang mempertahankan pengantin itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Pasangan itu telah mempertahankan keputusan mereka kepada media tempatan sambil memberitahu bahawa juadah itu jauh lebih murah dan disukai ramai.

Pengantin perempuan yang bekerja sebagai pembantu pemasaran memberitahu akhbar Le Parisien: “Kami melihat harga beberapa katering tetapi saya seorang yang cerewet bab makanan.

“Saya takut kami akan membayar untuk sesuatu yang kami tidak suka. Jika anda mahu membayar, anda harus membayar untuk sesuatu yang anda suka,” tambah Ophelie.

@thomasbillaudeau

@McDonald’s Beauvais Tille Merci pour la régalade à notre mariage 😂

♬ son original – Thomas Billaudeau

Sumber: Daily Mail, TikTok/@thomasbillaudeau

The post Pasangan Pengantin “Order” McDonald’s, Hidang Burger Dan Nugget Kepada Tetamu Majlis  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*