Helikopter Selamba Mendarat Di Kawasan Awam, 13 Gerai Rosak Ditiup Angin

helikopter mendarat gerai rosak

Helikopter Selamba Mendarat Di Kawasan Awam, 13 Gerai Rosak Ditiup Angin

Sebuah video memaparkan helikopter yang selamba mendarat berhampiran kedai telah tular di media sosial Indonesia.

Memetik Detik, video berdurasi 20 saat itu menunjukkan putaran kipas helikopter itu telah menyebabkan angin kuat lalu merosakkan kedai penduduk sekitar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Lapangan Taruna, Kecamatan Cijulang, pada Sabtu, 4 November lalu sekitar pukul 13.30 WIB.

Sewaktu pemerhatian dilakukan di Lapangan Cijulang Taruna pada Ahad lalu, keadaan kedai yang rosak akibat angin ketika pendaratan helikopter itu telah dibersihkan.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pemilik gerai yang masih membersihkan barangan mereka yang terjejas.

Salah seorang pemilik gerai, Emi (45) berkata bahawa dia terkejut dengan kejadian itu kerana tiada sebarang makluman diberi berkenaan pendaratan helikopter tersebut.

“Saya tidak tahu. Tiba-tiba saya mendengar bunyi seperti pesawat. Ketika saya melihatnya, ternyata ia sebuah helikopter yang sedang mahu mendarat di medan ini,” kata Emi kepada pemberita pada Ahad lalu.

“Ketika kejadian, semua pemilik kedai sudah menjauhkan diri. Ternyata benar semua kedai itu akhirnya runtuh,” sambungnya lagi.

Menurut Emi lagi, dia tidak tahu milik siapa helikopter yang mahu mendarat itu.

“Saya tidak tahu helikopter siapa itu,” akhirinya.

Kredit Detik

Helikopter adalah milik Tentera Udara Indonesia

Sementara itu, Komander Unit Perisikan Kodim 0625 Pangandaran, Letda Inf Eka Zaenal Arifin berkata bahawa helikopter itu adalah milik Tentera Udara Indonesia.

Helikopter milik Tentera Udara Indonesia itu dipercayai adalah sejenis Helikopter Belt.

“Ya, ia adalah pendaratan percubaan. Tetapi disebabkan angin yang dijana kipas helikopter terlalu kuat telah menyebabkan gerai tersebut runtuh. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini,” katanya.

BACA: Kerajaan Setuju Cuti Tanpa Rekod Perayaan Deepavali Dibawa Ke Selasa 14 November

Dalam pada itu, pemberita juga sempat menghubungi Ketua Kampung Cijulang untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap berkenaan apa yang telah terjadi.

Menurut Ketua Kampung Cijulang, Yayan Mulyana sebanyak 13 gerai rosak akibat cubaan mendarat helikopter tersebut.

“Kita telah mengumpul data daripada peniaga di padang kadet Cijulang dan sebanyak 13 gerai terjejas akibat tiupan angin helikopter itu,” katanya.

Sumber: Detik.com

The post Helikopter Selamba Mendarat Di Kawasan Awam, 13 Gerai Rosak Ditiup Angin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*