Dua Lagi Maut Akibat Virus Marburg Di Afrika Tengah

dua maut virus marburg

Dua Lagi Maut Akibat Virus Marburg Di Afrika Tengah

Dua orang dilaporkan maut akibat virus Marburg di Guinea Khatulistiwa dan ia menjadikan angka kematian meningkat kepada 11 orang di negara Afrika Tengah itu, lapor AFP.

Menteri Kesihatan, Mitoha Ondo’o Ayekaba dalam satu kenyataan hari ini berkata hasil pemantauan mengesahkan dua orang yang meninggal mempunyai simptom penyakit itu pada dua hari lalu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengukuhkan lagi ujian penyebaran wabak itu. Sebanyak 48  kes kenalan rapat telah direkodkan dengan empat daripadanya menunjukkan simptom. Manakala tiga lagi sedang menjalani kuarantin di hospital,” katanya.

Difahamkan, virus Marburg merupakan patogen yang jarang berlaku namun sangat berbahaya. Ia menyebabkan demam teruk disertai pendarahan dan kegagalan organ.

Ia adalah sebahagian daripada keluarga filovirus atau lebih dikenali sebagai virus Ebola. Virus berkenaan telah menjadi satu wabak serius di negara Afrika sebelum ini.

Pada 13 Februari lalu, Negara Afrika tengah mengumumkan bahawa sembilan orang telah disahkan meninggal dunia akibat virus Marburg antara 7 Januari dan 7 Februari.

Susulan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengadakan mesyuarat pada hari berikutnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa negara berkenaan telah mengisytiharkan amaran kesihatan di wilayah timur laut terpencil seperti wilayah Kie-Ntem dan di daerah jiran Mongomo, yang terletak di sempadan dengan Cameroon dan Gabon.

BACA JUGA: Miliki 4.5 Juta “Followers”, Ini Kucing Paling Terkenal Di Dunia

Ia juga sebagai langkah pelan penutupan yang dilaksanakan dengan hasil kerjasama WHO.

Untuk pengetahuan, virus berkenaan dipercayai berasal daripada Kelawar Buah Afrika.

Haiwan itu boleh menyebarkan virus dalam jarak dekat kepada manusia. Penularan melalui manusia berlaku melalui luka atau cecair daripada badan.

Menurut WHO, kadar kematian dalam kes yang disahkan antara 24 peratus sehingga 88 peratus terhadap wabak sebelum ini. Ia bergantung kepada tahap virus dan pengurusan kes tersebut.

Tambah pertubuhan tersebut, rawatan yang digunakan termasuklah produk darah, rawatan imunisasi, ubat dan vaksin yang masih dalam peringkat ujian.

Sehingga kini, masih tiada vaksin atau rawatan antivirus khusus yang diluluskan.

Sumber: AFP via Digital Journal 

BACA JUGA: WHO Sahkan Virus Marburg Dikesan Di Equatorial Guinea

The post Dua Lagi Maut Akibat Virus Marburg Di Afrika Tengah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*