Menang Bola, Team Ini Dapat Sponsor Biskut Julie’s Selama Setahun

Menang perlawanan bola, dapat bekalan biskut hingga setahun. Lain dari yang lain, pasukan bola sepak DTC JDT dari SMK Bandar Uda Utama telah memenangi bekalan bekalan Choco More Sandwic Julie’s selama setahun setelah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Antara Sekolah Peringkat Negeri Johor anjuran Julie’s Biscuit, Choco More, Bola More! minggu lalu.

Kemenangan itu juga melayakkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM2,300 setelah menewaskan pasukan daripada PLD Batu Pahat 21 Oktober lalu di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru.

Selain itu, para pemenang juga telah membawa pulang sijil, plat emas, pingat dan beg goodies eksklusif Julie’s yang mengandungi pelbagai jenis biskut keluaran syarikat itu.

Bagi naib johan pula, mereka telah menerima wang tunai bernilai RM800 tajaan Persatuan Bola Sepak Johor Darul Takzim (JFA), plat silver, sijil, pingat serta satu karton biskut Choco More bagi setiap peserta.

Terdahulu, DTC JDT Uda Utama telah berentap dengan pasukan daripada Pasir Gudang setelah melepasi peringkat kalah singkir antara 16 pasukan daripada lapan daerah di Johor.

Perlawanan ini melibatkan pasukan bawah 16 tahun di sekolah-sekolah di daerah utara dan selatan Johor, termasuk Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing.

@thesiakapkeli

Adik no 9 tu punya turn padu mat. #fypシ #fyp #videoviral #julies #tranding

♬ original sound – Siakap Keli – Siakap Keli

Penonton dapat giveaway percuma

Bukan sahaja peserta, para penonton yang menghadiri kejuaraan itu turut mendapat sampel percuma Choco More daripada Julie’s. Mereka juga berpeluang membeli produk Julie’s secara kombo pada harga berpatutan di lokasi perlawanan.

Antara produk yang menjadi rebutan semestinya Julie’s Choco More Sandwich yang kaya dengan krim coklat dan tekstur biskutnya yang ringan. Sandwich ini dihasilkan daripada serbuk koko halus bagi mengimbangkan rasa biskut, menjadikannya sesuai dinikmati sepanjang hari sekaligus meningkatkan stamina.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi Julie’s di sini.

#JuliesBiscuits #JuliesChocoMore #ChocoMoreBolaMore

The post Menang Bola, Team Ini Dapat Sponsor Biskut Julie’s Selama Setahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*