Merajuk Telefon Kena Rampas, Dua Beradik Nekad Lari Rumah Bawa Kereta Mak

bawa kereta mak

Merajuk Telefon Kena Rampas, Dua Beradik Nekad Lari Rumah Bawa Kereta Mak

Seorang budak lelaki di Florida berusia 10 tahun bersama kakaknya berusia 11 tahun nekad melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta ibu mereka sejauh 320 kilometer, lapor The Guardian.

Dua beradik itu bagaimanapun akhirnya berjaya dihentikan oleh polis di lebuh raya antara negeri, kata pihak berkuasa.

Kedua-dua kanak-kanak itu dikatakan melarikan diri selepas ibu mereka merampas peranti elektronik kanak-kanak perempuan itu sebagai hukuman.

Pejabat sherif daerah Alachua berkata, pegawai polis telah mengesan jejak dua beradik itu di Interstate 75 berhampiran Gainesville di utara Florida.

Kereta itu dikesan oleh pegawai polis pada jam 4 pagi Khamis yang lalu.

Sebelum penemuan itu, ibu kanak-kanak tersebut telah melaporkan kejadian kecurian keretanya termasuk dua anaknya di North Port, sebuah bandar di Florida.

Pegawai polis menyangka bahawa mereka berurusan dengan pencuri kereta dan menybebabkan mereka terpaksa mengeluarkan pistol.

Pegawai telah mengeluarkan pistol lalu mengarahkan mereka yang berada di dalam kereta tersebut untuk melangkah keluar.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Sangat mengejutkan, pegawai mendapati seorang pemandu lelaki berusia 10 tahun keluar dari kenderaan bersama kakaknya yang berusia 11 tahun,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak itu memberitahu pegawai bahawa gadis itu kecewa kerana ibu mereka telah merampas peranti elektroniknya kerana berkelakuan buruk.

Kanak-kanak itu kemudiannya telah ditemu bual oleh detektif dan mendapati tiada tanda-tanda penganiayaan oleh ibu mereka atau anggota keluarga yang lain.

Ibu kanak-kanak itu bagaimanapun enggan mendakwa dan anak-anaknya akhirnya dibebaskan dan kembali ke rumah mereka.

Nama ibu dan dua beradik itu tidak didedahkan bagi menghormati privasi kanak-kanak yang masih dibawah umur.

Budak Lelaki 11 Tahun Tular Pandu Kereta Ditahan

Terdahulu, tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihak polis turut menahan bapa kanak-kanak terbabit.

Lelaki berumur 49 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Pandamaran dekat sini pada pukul 1.15 tengah hari.

Beliau berkata pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima satu klip video yang ditularkan menerusi media sosial berdurasi 1.21 minit.

Sumber: The Guardian

The post Merajuk Telefon Kena Rampas, Dua Beradik Nekad Lari Rumah Bawa Kereta Mak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*