Mesir Naikkan Harga Minyak, Antara 9-22 Peratus Mulai Hari Ini

Mesir Naikkan Harga Minyak 

Mesir Naikkan Harga Minyak, Antara 9-22 Peratus Mulai Hari Ini

Kerajaan Mesir dilapor telah mengambil keputusan untuk menaikkan harga bahan api di negara itu bermula hari ini.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Jawatankuasa Harga Bahan Api Mesir yang bertanggungjawab melaras harga pelbagai bahan api yang dijual di negara tersebut.

Memetik laporan Daily News Egypt, kenaikkan antara 9 hingga 22 peratus itu sejajar dengan harga semasa minyak di pasaran global dan reformasi kadar pertukaran matawang Pound Mesir (EGP).

Harga petrol RON 80 akan meningkat sebanyak EGP 1 kepada EGP 11 setiap liter. Manakala, RON 92 dan 95 juga meningkat sebanyak EGP 1, masing-masing kepada EGP 12.50 dan EGP 13.50.

Sementara itu, harga diesel pula meningkat lebih tinggi, iaitu sebanyak EGP 1.75 kepada EGP 10 seliter. Harga gas silinder untuk kegunaan domestik menyaksikan kenaikkan sebanyak EGP 25 kepada EGP 100.

Untuk makluman, berdasarkan kadar pertukaran semasa, EGP 1 bersamaan RM 0.10.

Dalam pada itu, kenaikkan tersebut juga berlaku ditengah-tengah kenaikkan harga minyak global susulan konflik berterusan di Ukraine-Rusia dan juga faktor pemulihan pasca-pandemik.

Terdahulu, Bank Pusat Mesir (CBE) pada bulan Mac mengambil beberapa pendekatan untuk menangani cabaran ekonomi yang mendesak.

Antaranya, CBE memilih untuk mengapungkan EGP, memutuskan pegnya terhadap dolar AS, dan menaikkan kadar faedah sebanyak 6%.

Selama bertahun-tahun, Mesir telah menyediakan subsidi yang besar bagi harga bahan api untuk rakyatnya. Bagaimanapun, kenaikan mendadak dalam harga minyak di pasaran global menyebabkan pengurusan subsidi menjadi semakin sukar.

Kerajaan menegaskan bahawa penyesuaian harga diperlukan untuk meringankan beban bajet negara dan memastikan ketersediaan bahan api berterusan di negara tersebut.

Daily News Egypt berkata, pemerhati menjangkakan kenaikkan itu akan memberi kesan kepada ekonomi dalam beberapa keadaan.

Walaupun aktiviti perniagaan mungkin akan menyalurkan kos kenaikkan itu kepada pengguna, kerajaan berharap dapat melihat pengurangan difisit dalam bajet.

Ia sekaligus membenarkan lebih banyak sumber tersedia untuk dilaburkan dalam sektor lain seperti pendidikan dan kesihatan.

Kerajaan Mesir juga dilapor berikrar akan melindungi golongan rentan daripada kesan kenaikkan harga minya tersebut. Antara pelan yang dirancang termasuklah menaikkan jumlah pembayaran wang kebajikan sosial dan subsidi untuk pengangkutan awam.

Langkah-langkah tersebut dijangka akan memberikan manfaat terus kepada mereka yang berpendapatan rendah.

BACA: Pelajar Kolej Vokasional Ditemukan Meninggal Dunia, 13 Ditahan Bantu Siasatan

Sumber: Daily News Egypt, Arab News

The post Mesir Naikkan Harga Minyak, Antara 9-22 Peratus Mulai Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*