Mesir Setuju Buka Sempadan, Benarkan Trak Bantuan Kemanusian Dihantar Ke Gaza

Mesir Akan Buka Sempadan Buat 20 Trak Bantuan Kemanusiaan - Biden

Mesir Setuju Buka Sempadan, Benarkan Trak Bantuan Kemanusian Dihantar Ke Gaza

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bersetuju untuk membuka sempadan Rafah-Gaza bagi membenarkan kumpulan pertama bantuan kemanusian dihantar ke Gaza.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam ucapannya, lapor AFP.

“Beliau bersetuju…untuk permulaan, sebanyak 20 trak kemanusian dibenarkan melintas,” katanya. Biden dilapor menghubungi al-Sisi di dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang dari Israel.

Bagaimanpaun, Biden menjelaskan penghantaran tersebut mungkin perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga Jumaat.

Mesir setuju bukan sempadan, benarkan bantuan dihantar ke Gaza

“Mereka perlu membaiki laluan di sempadan yang rosak. Jalan-jalan perlu diturap semula sebelum trak boleh melintas,” katanya lagi.

Tambah Biden, Mesir menjangkakan kerja-kerja baik pulih itu akan memakan masa sehingga lapan jam.

Katanya lagi, 20 trak pertama yang dihantar dilihat sebagai ujian untuk menilai kaedah pengagihan bantuan. Namun secara keseluruhan, sekitar 150 buah trak bantuan sedang menanti giliran untuk dihantar ke Gaza.

Menurut Biden, kebenaran baki trak yang ada untuk bergerak ke Gaza tertakluk kepada bagaimana ‘situasi berlangsung’.

Presiden Amerika Syarikat itu turut memberikan kredit kepada al-Sisi di atas kerjasama yang diberikan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dijangka akan menguruskan bantuan-bantuan tersebut bagi pihak Gaza.

BACA: Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: AFP

The post Mesir Setuju Buka Sempadan, Benarkan Trak Bantuan Kemanusian Dihantar Ke Gaza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*