De Gea Bakal Tinggalkan Manchester United, Tak Setuju Dengan Tawaran Kontrak Baru

de gea tinggalkan manchester united

De Gea Bakal Tinggalkan Manchester United, Tak Setuju Dengan Tawaran Kontrak Baru

Penjaga gol Manchester United, David De Gea dilaporkan bakal meninggalkan kelab itu selepas gagal mencapai persetujuan berhubung pelanjutan kontraknya.

Masa depan David De Gea bersama dengan kelab itu terus mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Penjaga gol Sepanyol itu dilaporkan bersedia untuk meninggalkan The Red Devils selepas pembaharuan kontraknya menyaksikan gajinya terpaksa dikurangkan kelab.

Walaupun berjaya memenangi Sarung Tangan Emas pada musim ini, namun beberapa persembahannya bersama United telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan peminat.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu Makhluk Halus?

Laporan daripada akhbar The Mirror membayangkan bahawa jurulatih Erik Ten Hag bakal menamakan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, Jordan Pickford dari Everton, dan Diogo Costa dari Porto dalam senarai pendeknya untuk menggantikan De Gea.

De Gea pernah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris, satu mahkota Liga Europa UEFA, dua Piala Carabao, tiga perisai komuniti FA, dan satu gelaran Piala FA semasa di Old Trafford.

Sumber: Astro Awani

The post De Gea Bakal Tinggalkan Manchester United, Tak Setuju Dengan Tawaran Kontrak Baru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*