Meta Bakal Lancar Perkhidmatan Langganan – Mark Zuckerberg

meta perkhidmatan langganan

Meta Bakal Lancar Perkhidmatan Langganan – Mark Zuckerberg

Pengasas Meta, Mark Zuckerberg semalam mengumumkan bahawa syarikat itu bakal membuat pelancaran ciri terbaharu mereka pada minggu ini.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam, dia berkata Meta bakal  membuat pengesahan atau Meta Verified dalam pelbagai aspek.

Aspek tersebut termasuk perkhidmatan langganan (subscription service) yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun dengan ID kerajaan.

Selain itu, Mark turut memaklumkan ciri ini juga dapat memberikan lencana biru (blue badge), perlindungan penyamaran, perlindungan tambahan pada akaun pengguna dan dapat akses secara terus kepada sokongan pelanggan.

Tambah Mark, ciri terbaharu yang bakal diperkenalkan ini bertujuan untuk meningkatkan sistem keselamatan dalam Meta.

“Ciri terbaharu ini adalah mengenai peningkatan ketulenan dan keselamatan sepanjang penggunaan perkhidmatan kami.” katanya.

Meta, Perkhidmatan Langganan

Bagaimanapun, pengguna perlu membayar secara bulanan pada kadar yang berbeza mengikut sistem yang digunakan.

Meta Verified bermula pada harga RM53 ($11.99) pada web manakala RM66 ($14.99) pada sistem iOS,” katanya.

Pengasas Meta itu juga menambah, dua negara akan menerima manfaat ciri itu terlebih dahulu pada minggu ini sebelum disusuli negara lain.

“Kami akan melancarkan di Australia dan New Zealand minggu ini dan lebih banyak negara lagi dalam waktu terdekat,” maklumnya di platform itu.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Remaja Perempuan Ditemukan Selamat Selepas Terperangkap 10 Hari

Terdahulu, Meta telah mencipta satu model yang mampu untuk menterjemah 200 bahasa berbeza secara terbuka.

Model itu dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) di bawah projek No Language Left Behind. 

Maklum Mark dalam satu kenyataan, model itu dapat membantu menterjemah bahasa yang dituturkan dalam komuniti di seluruh dunia.

“Untuk memberi gambaran mengenai skala, model 200 bahasa itu mempunyai lebih 50 bilion parameter. Kami melatihnya dengan menggunakan SuperCluster Penyelidikan baharu kami, yang merupakan salah satu superkomputer AI terpantas di dunia,” katanya.

Dengan model itu, ia membolehkan lebih 25 bilion terjemahan akan dilakukan setiap hari dalam aplikasi-aplikasi Meta.

“Komunikasi rentas bahasa ialah satu kuasa besar yang disediakan oleh AI selain dapat memajukan kerja kami. Ia turut meningkatkan segala perkara yang pernah kami lakukan sebelum ini,” jelas Mark lagi.

Sumber: Facebook Mark Zuckerberg

The post Meta Bakal Lancar Perkhidmatan Langganan – Mark Zuckerberg appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*