Kesal Setiap Kali Nak Raya, Sampah ‘Bertimbun’ Di Laluan Menghala Pantai Timur

raya sampah bertimbun pantai timur

Kesal Setiap Kali Nak Raya, Sampah ‘Bertimbun’ Di Laluan Menghala Pantai Timur

Isu kehadiran timbunan sampah di bahu jalan raya menghala ke Pantai Timur setiap kali musim raya sekali lagi timbul di media sosial hari ini.

Ia selepas Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Bin Mohamad telah meluahkan rasa kesal mengenai isu tersebut menerusi Twitternya sebentar tadi.

“Saya faham, ramai pengguna jalan raya nak pulang ke Pantai Timur menggunakan laluan ini. Ada yang nak berehat sebab perjalanan jauh..”

“Namun inilah pemandangan yang dapat saya lihat tiap tahun. Ini gambar terbaru yang diambil.” tulisnya.

Dalam ciapan tersebut, Abdul Rahman mengepilkan beberapa gambar yang menunjukkan keadaan bahu jalan yang sangat kotor.

Terdapat banyak sampah yang berada di bahu jalan seperti plastik, botol-botol, kotak air dan sebagainya.

Selain itu, terdapat satu gambar yang menunjukkan keadaan bahu jalan yang sudah bersih, dipercayai selepas dibersihkan oleh pihak berkuasa.

Dengan nada kesal, beliau bertanya kembali kepada orang ramai, sama ada tindakan membuang sampah ini sesuatu perkara mahu dipupuk kepada generasi seterusnya.

“Ini ke sikap yang kita pupuk dalam diri anak-anak kita..? Jaga kebersihan ni bermula daripada diri kita.. didikan ibu bapa dan bermula dari rumah..”

Timbalan Menteri Kerja Raya seru pengguna jalan raya untuk menjadi lebih bertanggungjawab

Pada masa yang sama, Abdul Rahman turut mengingatkan orang ramai, khususnya penganut agama Islam agar menjaga kebersihan seperti dituntut agama.

“Di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi sebagai orang Islam, menjaga kebersihan ni adalah tanggungjawab bersama seperti dalam Surah al-Qasas ayat 77 supaya tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini.”

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang membuat kerosakan.”

Beliau merasa sedikit terkilan atas sifat pengguna yang disifatkan tiada sifat bertanggungjawab, walaupun sedikit dalam menjaga kebersihan tempat awam.

Baginya, tindakan ini tidak setimpal dengan rezeki yang dikurniakan oleh Sang Pencipta berupa makanan dan tempat berteduh.

“Adakah ini hadiah yang ditinggalkan untuk orang Lepeh..?”

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih ke atas pasukan Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis dalam melakukan kerja pembersihan di laluan Kechau Tui.

“InsyaAllah besar ganjaran pahala. Lebih dari itu, setiap kebaikan yang kita lakukan walau sekecil-kecil perkara akan mendapat ganjaran di sisi Allah. InsyaAllah.”

BACA: Cemas, Letupan Kedengaran Ketika PM Jepun Mahu Berucap

Sumber: @DSARMOfficial via Twitter

The post Kesal Setiap Kali Nak Raya, Sampah ‘Bertimbun’ Di Laluan Menghala Pantai Timur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*