Mewah, Syarikat Ini Belanja RM 14.3 Juta Untuk “Company Dinner”, Siap Ada Konsert

Dah Macam Konsert, Majlis Makan Malam Riway International Sangat ‘Ekstra’

Sebuah syarikat bertaraf global, Riway International di Singapura dilapor menganjurkan satu acara makan malam syarikat mewah di Taiwan apabila membelanjakan belasan juta ringgit untuk tujuan tersebut.

Menurut laporan The Straits Times, acara makan malam tersebut turut diiringi dengan konsert yang menampilkan penyanyi pop, Wakin Chau selain pertunjukan bunga api. Selain Chau, kumpulan rock terkenal, Power Station dan juga penulis-penyanyi muzik terkemuka, Ricky Hsiao turut dibawa membuat persembahan.

Secara keseluruhan, acara makan malam yang menyediakan pelbagai juadah mewah serta menempatkan 2,600 meja bankuet itu menelan kos sekitar RM 14.3 juta.

Hampir 26,000 orang yang hadir ke acara makan malam itu majoritinya adalah staf Riway International termasuk dari cawangannya di Malaysia, Indonesia dan Jepun. Selain itu, syarikat itu juga turut menjemput rakan niaga-rakan niaga ke acara tersebut.

Difahamkan, pihak penganjur terpaksa menempah satu lot tanah kosong untuk dijadikan lokasi khas penganjuran makan malam tersebut memandangkan sukar untuk mencari kemudahan yang mampu menampung jumlah hadirin seramai itu dalam satu-satu masa.

Persiapan majlis makan malam itu juga sudah dijalankan sejak September tahun lepas lagi, menurut wakil Riway International kepada The Straits Times.

BACA: Tanda Penghargaan, Pekerja Syarikat Landskap Ini Dapat Bonus Antara RM 30k Hingga RM 881k

Sumber: The Straits Times

The post Mewah, Syarikat Ini Belanja RM 14.3 Juta Untuk “Company Dinner”, Siap Ada Konsert appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*